Premium
WHO bentang pelan agih vaksin Covid-19 secara adil
Sep 23, 2020 | 5:30 AM
PENAWAR VIRUS: Seorang kakitangan menunjukkan sebotol kecil vaksin "Gam-COVID-Vac" bagi koronavirus yang sedang dibangunkan di loji farmaseutikal Binnopharm, yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Alium yang dimiliki oleh perbadanan kewangan Sistema, di Zelenograd berdekatan Moscow. - Foto REUTERS -
GENEVA/LONDON: Sebahagian daripada 156 negara telah menyertai satu skim global bagi pengagihan secara adil untuk vaksin Covid-19 pada masa depan, menurut satu perikatan yang dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin (21 Sep), tetapi kuasa-kuasa besar China dan Amerika Syarikat tidak turut serta.
Pentadbiran Amerika pimpinan Encik Donald Trump, telah pun mengesahkan pembekalan vaksin pada masa depan menerusi perjanjian dua hala, yang menimbulkan tuduhan sikap pentingkan diri sendiri yang menjejas negara-negara miskin.

