Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WHO bentang siri tindakan untuk tingkat penghasilan vaksin

Apr 16, 2021 | 5:30 AM
549bf963-199e-462a-9b33-1328de4e3575
-

GENEVA: Ketua Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah membentangkan satu siri tindakan kelmarin untuk negara dan pengeluar ubat-ubatan untuk meningkatkan penghasilan vaksin dan mengongsikannya dengan lebih meluas dan adil.

Cik Ngozi Okonjo-Iweala, yang menjadi pengarah agung WTO sejak Mac, mengadakan mesyuarat tertutup dengan pengeluar, pemerintah dan lain-lain bagi mendapatkan akses sama rata, dengan negara berpendapatan rendah hanya mendapat 0.2 peratus dari 700 juta dos sedunia.

Dalam ucapannya, Cik Okonjo-Iweala berkata, keprihatinan ke atas bekalan rantaian rentas sempadan, termasuk kekangan eksport dan kekurangan pekerja berkemahiran, telah meningkatkan pandangannya bahawa WTO mesti memainkan peranan utama dalam respons terhadap pandemik.

"Dalam minggu-minggu dan bulan-bulan mendatang, kami jangkakan tindakan susulan lebih jelas. Isu-isu ini tidak mudah tetapi kemahuan politik dan usaha mendekati sektor swasta yang ditunjukkan hari ini, menunjukkan ia boleh dilakukan," katanya.

Anggota WTO katanya, perlu mengurangkan sekatan eksport dan berusaha melancarkan tatacara logistik dan kastam.

Mereka juga harus melanjutkan rundingan mengikut usulan India dan Afrika Selatan dan disokong oleh lebih 180 anggota WTO, untuk menggantung sementara hak intelektual (IP) oleh syarikat-syarikat farmaseutikal. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg