Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WHO beri amaran risiko 'gelombang kedua' jika tamatkan perintah sekatan terlalu pantas

May 26, 2020 | 2:15 PM
WASPADA RISIKO: Menurut WHO negara-negara tidak harus menamatkan perintah sekatan terlalu pantas atau hadapi risiko gelombang kedua penularan koronavirus.
WASPADA RISIKO: Menurut WHO negara-negara tidak harus menamatkan perintah sekatan terlalu pantas atau hadapi risiko gelombang kedua penularan koronavirus. - - Foto: FAIL

GENEVA: Negara-negara di mana jangkitan koronavirus semakin reda masih berisiko menghadapi "kemuncak kedua dengan segera" jika mereka terlalu pantas melonggarkan perintah sekatan yang bertujuan membendung penularan wabak itu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Ketua Kecemasan WHO, Dr Mike Ryan berkata, dunia masih di tengah gelombang pertama wabak koronavirus.

Menyatakan demikian semasa memberi taklimat secara dalam talian, beliau berkata meskipun kes-kes menurun di banyak negara, ia masih meningkat di Amerika Tengah dan Selatan, Asia Selatan dan Afrika, ujarnya yang ditukil agensi berita Reuters.

Dr Ryan menyatakan, wabak sering muncul dalam gelombang, yang bermaksud bahawa wabak dapat kembali pada akhir tahun ini di tempat-tempat di mana gelombang pertama telah reda. Ada juga kemungkinan bahawa kadar jangkitan dapat meningkat lagi dengan lebih cepat jika langkah-langkah untuk menghentikan gelombang pertama ditamatkan terlalu pantas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg