GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melahirkan rasa bimbang terhadap peningkatan kes Covid-19 di negara miskin dan penarikan semula perintah berkurung di sebilangan besar negara maju.
Pertubuhan kesihatan global itu berkata, sebanyak 106,000 jangkitan baharu Covid-19 sudah direkodkan dalam tempoh 24 jam, iaitu jumlah harian tertinggi sejak pandemik berkenaan bermula.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata perjuangan menghapuskan pandemik itu masih panjang.
"Kami amat bimbang dengan peningkatan kes di negara berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.
Ketua Program Kecemasan WHO, Dr Mike Ryan berkata, dunia akan mencecah angka tragik sebanyak 5 juta kes pada kadar segera. - BH Online


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg