Topik diikuti
Pergi ke BHkuWHO hadapi tekanan tangani isu virus Zika
* Adakan sesi khas sedang ribuan bayi lahir cacat di Brazil * Wabak merebak di Amerika Latin dan Caribbean
Jan 29, 2016 | 5:30 AM
WHO hadapi tekanan tangani isu virus Zika
CHICAGO/GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengadakan sesi khas semalam bagi menangani isu virus Zika sedang badan itu menghadapi tekanan menentang wabak yang menyebabkan ribuan bayi lahir dengan kecatatan di Brazil, dan sedang merebak di Amerika Latin dan Caribbean.
Pengarah Besar WHO, Cik Margaret Chan, memberi penerangan kepada lembaga eksekutif agensi itu sedang negara-negara mengambil langkah mencegah virus yang disebabkan gigitan nyamuk dan dikaitkan dengan penyakit cacat kelahiran mikrosefali.