Sekilas

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas

Jun 3, 2021 | 5:30 AM

Sekilas

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DEKATI PENDUDUK: Pekerja Kesihatan melakukan kunjungan rumah-ke-rumah untuk melakukan ujian bagi mengesan virus Covid-19 di kawasan luar bandar Bangalore, India. Varian virus Covid-19 Delta kali pertama dikesan di negara itu. - Foto AFP
DEKATI PENDUDUK: Pekerja Kesihatan melakukan kunjungan rumah-ke-rumah untuk melakukan ujian bagi mengesan virus Covid-19 di kawasan luar bandar Bangalore, India. Varian virus Covid-19 Delta kali pertama dikesan di negara itu. - Foto AFP -

WHO: Hanya varian Delta di India yang bahaya

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata hanya satu rantaian varian Covid-19 Delta yang kali pertama dikesan di India perlu diberi perhatian manakala dua lagi tidak membimbangkan.

Varian virus B.1.617 (Delta) yang menyebabkan lonjakan mendadak wabak koronavirus di India, digelar sebagai varian tiga mutasi sejak ia terbahagi kepada tiga turutan.

Bulan lalu, WHO menyatakan seluruh rantaian terbabit sebagai 'varian membimbangkan' tetapi kini menyatakan hanya satu turutan layak diberi label berkenaan.

"Terbukti bahawa risiko kesihatan awam yang lebih besar saat ini terkait dengan B.1.617 sementara kadar penularan rantaian lain adalah lebih rendah," kata WHO dalam pembaharuan epidemiologi mingguan mengenai pandemik. - AFP.

Tahap jangkitan Covid-19 di Amerika Selatan membimbangkan

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyuarakan kebimbangan terhadap pandemik Covid-19 di Amerika Selatan dan mengingatkan bahawa wabak di benua yang sudah terjejas itu akan menjadi semakin teruk.

Ketua Darurat WHO, Dr Michael Ryan berkata lapan daripada 10 negara yang merekodkan kadar kematian tertinggi pada minggu lalu adalah di Amerika Selatan.

"Keadaan di Amerika Selatan sekarang masih pada tahap sangat membimbangkan dan berpotensi bertambah teruk.

"Amerika Selatan benar-benar berada dalam keadaan yang sukar hanya beberapa bulan yang lalu dan keadaan itu terus menuju ke arah yang lebih memudaratkan," ujarnya. - AFP.

Hubungan kian tegang: Erdogan beri amaran AS akan hilang sahabat berharga

ISTANBUL: Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, memberi amaran bahawa Amerika Syarikat berisiko 'kehilangan sahabat berharga' jika cuba terus menekannya.

Kenyataan itu dibuat dua minggu sebelum pertemuan pertama beliau dengan rakan sejawatnya di Amerika, Encik Joe Biden.

Hubungan tegang antara kedua-dua negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) itu semakin merosot sejak Encik Biden menggantikan penyokong Encik Erdogan, mantan presiden Encik Donald Trump, pada Januari lalu.

Ia berikutan tindakan Encik Biden mempertikai laporan hak asasi manusia Turkey, yang disifatkannya sebagai amat buruk. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg