Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

WHO: Lebih banyak kes cacar monyet jangka dikesan di dunia

May 22, 2022 | 05:52 PM

LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan lebih banyak kes penyakit cacar monyet dikesan melalui perluasan tindakan pengawasan di negara, di mana penyakit itu lazimnya tidak ditemui.
Sehingga Sabtu (21 Mei), WHO memaklumkan sebanyak 92 kes positif direkodkan, termasuk 28 kes suspek cacar monyet dari 12 negara anggota yang bukan wabak endemik.


Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata pihaknya akan menyediakan panduan dan cadangan lanjut dalam tempoh beberapa hari mendatang kepada negara mengenai langkah mengurangkan penyebaran cacar monyet.
“Maklumat yang tersedia memaklumkan penularan dari manusia ke manusia berlaku dalam kalangan orang yang mempunyai hubungan fizikal rapat dengan kes bergejala,” jelas WHO.


Cacar monyet adalah penyakit berjangkit yang selalunya menyebabkan gejala ringan dan diklasifikasikan sebagai wabak endemik di sebelah barat dan tengah Afrika.
Penyakit itu merebak menerusi kontak rapat, jadi ia boleh dikawal dengan mudah melalui langkah seperti pengasingan diri dan mengamalkan kebersihan. - Agensi berita.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3