Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WHO mahu laksana pensijilan kesihatan sejagat

Akan guna pas digital Covid Kesatuan Eropah sebagai contoh piawai
Jun 6, 2023 | 5:56 PM
TANDATANGAN PERJANJIAN: Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus (duduk, kiri) dan pesuruhjaya kesihatan EU, Cik Stella Kyriakides (duduk, kanan) menandatangani perjanjian di Geneva.
TANDATANGAN PERJANJIAN: Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus (duduk, kiri) dan pesuruhjaya kesihatan EU, Cik Stella Kyriakides (duduk, kanan) menandatangani perjanjian di Geneva. - Foto TWITTER STELLA KYRIAKIDES

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan menggunakan pas digital Covid Kesatuan Eropah sebagai asas bagi sistem pensijilan kesihatan sejagat, menurut kerjasama baru yang disetujui kelmarin.

Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dan pesuruhjaya kesihatan EU, Cik Stella Kyriakides, menandatangani apa yang disifatkan sebagai satu mercu tanda perjanjian di Geneva.

“Pandemik Covid-19 menampilkan perlunya huraian kesihatan secara digital dalam memanfaatkan perkhidmatan kesihatan,’‘ kata Dr Tedros di majlis memeterai kerjasama tersebut.

Beliau berkata sijil Covid-19 itu akan diubah kepada “kebaikan awam sejagat” sebagai langkah pertama dalam mewujudkan rangkaian pensijilan digital global. Rangkaian tersebut akan diluaskan dengan menyertakan kad suntikan rutin antarabangsa secara digital, ujar beliau.

Ia bertujuan bagi membantu melindungi orang ramai daripada ancaman kesihatan termasuk pandemik yang mungkin berlaku pada masa depan dan memudah cara pergerakan sejagat, kata WHO dan EU dalam satu kenyataan.

“Ini merupakan bahagian penting usaha-usaha kita untuk memperkukuh sistem kesihatan dan bagi negara-negara anggota lebih bersiap siaga untuk berdepan dengan pandemik selanjutnya,’‘ jelas Dr Tedros.

Pesuruhjaya Kesihatan EU, Cik Kyriakides menyatakan bahawa sijil tersebut akan “menunjukkan kepada warga kita cahaya kini di hujung terowong dan sekali gus melindungi kesihatan awam di tengah-tengah pandemik yang tidak menentu”.

“Dan cerita kejayaan segera menjadi piawaian sejagat,” tambahnya sambil memaklumkan 80 negara di pelbagai bahagian dunia kini menggunakannya.

Dr Tedros menekankan bahawa sistem baru itu adalah “berdasarkan prinsip ketelusan, perlindungan data dan privasi. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg