Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

WHO, MSF kecam serangan ke atas wanita dan bayi di Kabul

May 14, 2020 | 01:35 PM



GENEVA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus, semalam melahirkan rasa "terperanjat dan terkejut" dengan serangan ke atas klinik bersalin yang dikendalikan oleh pertubuhan kemanusiaan antarabangsa Médecins Sans Frontières (MSF) di Afghanistan.



Penyerang bersenjata yang berpakaian seragam polis kelmarin menyerbu hospital Kabul yang menempatkan klinik itu, membunuh 16 orang termasuk dua bayi yang baru lahir.



Kemudahan perubatan "tidak boleh menjadi sasaran", kata Encik Tedros pada taklimat akhbar dalam talian.



Sementara itu, MSF dalam kenyataannya mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan itu dan menyatakan serangan ke atas wanita hamil, ibu dan bayi mereka semasa bersalin di hospital Dasht-e-Barchi di Kabul sebagai "memilukan".



"Semasa wanita hamil dan bayi mendapatkan rawatan kesihatan,  dalam keadaan diri mereka sangat terdedah kepada bahaya,  sejumlah penyerang yang tidak diketahui menyerang ibu hamil melalui serangkaian letupan dan tembakan, yang berlangsung selama berjam-jam.



"MSF mengecam tindakan kekerasan pengecut yang tidak masuk akal ini, yang mengorbankan nyawa banyak orang dan wanita dan kanak-kanak yang dilucutkan di Kabul dari perkhidmatan penjagaan kesihatan asas, dalam konteks di mana akses kepada penjagaan penting sudah terhad," kata MSF.



Klinik bersalin ini terletak di kawasan barat Kabul dengan jumlah penduduk lebih dari 1.5 juta orang. - Reuters, MSF



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >