Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

WHO: Omicron bentang risiko 'sangat tinggi'

Jumlah kes varian itu naik 11% sedunia minggu lalu
Dec 30, 2021 | 05:30 AM



GENEVA: Varian koronavirus Covid-19, Omicron, tetap menimbulkan risiko "sangat tinggi" dan boleh menjejas sistem penjagaan kesihatan banyak negara, demikian amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam sedang varian yang sangat mudah menular itu mencetus wabak rekod di banyak negara.



Jumlah kes telah meningkat 11 peratus di peringkat sejagat pada minggu lalu, memaksa pihak berkuasa dari China ke Jerman dan Perancis mencari keseimbangan yang sukar antara sekatan antivirus dengan keperluan memastikan ekonomi dan kegiatan sosial dapat terus dibuka.



Jumlah kes baru tertinggi dilaporkan di Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Italy.



Belanda dan Switzerland menyatakan Omicron telah menjadi virus dominan di negara mereka dan sementara beberapa kajian mencadangkan ia menyebabkan penyakit Covid-19 yang lebih ringan, WHO menggesa semua pihak berhati-hati.



"Risiko keseluruhan berkaitan dengan varian Omicron kekal sangat tinggi," kata agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu apabila memberi perkembangan epidemiologi mingguan Covid-19.



"Bukti yang konsisten menunjukkan varian Omicron mempunyai kelebihan penularan berbanding varian Delta dengan bilangan jangkitan naik seganda selepas dua hingga tiga hari," tambah WHO.



WHO berkata data awal dari Britain, Afrika Selatan dan Denmark - kini mempunyai kadar jangkitan tertinggi di dunia bagi setiap orang - menunjukkan pengurangan risiko kemasukan ke hospital bagi Omicron berbanding Delta.



Namun ia menambah bahawa data lanjut diperlukan untuk memahami keseriusan Omicron.



Dan di sebalik kajian itu, penularan pesat Omicron "masih akan mengakibatkan sejumlah besar kemasukan ke hospital, terutamanya dalam kalangan kumpulan yang tidak divaksinasi, dan menyebabkan gangguan meluas kepada sistem kesihatan dan perkhidmatan kritikal lain", jelas Cik Catherine Smallwood, Pengurus Insiden Covid WHO di Eropah.



Eropah sekali lagi menjadi salah satu kawasan teruk terjejas bagi wabak itu, yang diketahui telah meragut lebih 5.4 juta nyawa di seluruh dunia.



Perancis, Britain, Greece dan Portugal semuanya melaporkan rekod nombor kes harian kelmarin.



Perancis melaporkan hampir 180,000 jangkitan dalam tempoh 24 jam.



Untuk membendung penularan lanjut, banyak negara di benua itu telah mengenakan semula sekatan dengan akibat ekonomi dan sosial yang serius.



Sekatan sosial telah dilaksanakan di Jerman buat tahun kedua berturut-turut menjelang Tahun Baru, apabila ekonomi terbesar Eropah itu menutup kelab malam dan memaksa pertandingan sukan diadakan secara tertutup.



Beberapa negara seperti Sweden telah mula memerlukan ujian negatif buat pelancong bukan pemastautin yang masuk mulai Selasa lalu, sehari selepas Denmark mengenakan langkah sama.



Tetapi rancangan kerajaan Belgium untuk memperkenalkan sekatan selanjutnya telah digagalkan apabila mahkamah menangguhkan perintah menutup tempat hiburan.



Lonjakan Covid-19 di seluruh dunia telah menyebabkan gangguan serius bagi perjalanan sepanjang musim cuti Tahun Baru, dengan ribuan penerbangan dibatalkan di seluruh dunia.



Ia juga sekali lagi mengancam acara sukan.



Liga bola sepak terkemuka England misalnya sedang bergelut dengan rekod kes jangkitan, manakala China telah mengenakan sekatan ketat ke atas jutaan orang untuk mengawal penularan varian Delta menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.



Pusat Kawalan Penyakit AS telah mengurangkan separuh tempoh pengasingan bagi kes tidak bergejala untuk mencuba dan mengehadkan gangguan dan kekurangan buruh.



Presiden AS, Encik Joe Biden, berkata negara itu pada umumnya bersedia dengan baik, walaupun sesetengah hospital mungkin "akan menghadapi kesukaran". - AFP.




"Risiko keseluruhan berkaitan dengan varian Omicron kekal sangat tinggi," kata agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu apabila memberi perkembangan epidemiologi mingguan Covid-19.

Bukti yang konsisten menunjukkan varian Omicron mempunyai kelebihan penularan berbanding varian Delta dengan bilangan jangkitan naik seganda selepas dua hingga tiga hari."

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >