Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

WHO: Omicron cepat merebak, gesa negara bertindak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

KESAN VARIAN OMICRON

WHO: Omicron cepat merebak, gesa negara bertindak

Dec 16, 2021 | 05:30 AM

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa varian baharu Omicron merebak pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan menggesa semua negara bertindak segera termasuk mendapatkan ubat yang didakwa Pfizer berkesan terhadap varian itu.

Omicron, pertama kali dikesan di Afrika Selatan dan dilaporkan kepada WHO pada 24 November lalu, menunjukkan mutasi besar dan menampilkan amaran baharu ancaman Covid-19 kepada dunia.

Data awal menunjukkan varian baharu ini tahan terhadap vaksin dan lebih mudah merebak daripada varian Delta, yang pertama kali ditemui di India dan menyumbang sebahagian besar kes Covid-19 di dunia.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, memberitahu pemberita bahawa sebanyak 77 negara berhadapan ketegangan akibat Omicron dan "kemungkinan" varian itu telah merebak di banyak negara tanpa dikesan "pada kadar yang tidak pernah kita lihat dengan mana-mana varian sebelumnya".

Isnin lalu dilaporkan kes pertama kematian akibat varian Omicron di dunia berlaku di Britain, namun sehingga kini masih belum ada bukti bahawa Omicron menyebabkan kesan penyakit yang lebih teruk.

Semalam, WHO optimistik menyatakan Afrika mencatatkan peningkatan kes yang besar sepanjang minggu lalu, namun jumlah kematian yang lebih rendah berbanding gelombang sebelumnya.

Pertubuhan dunia itu menggesa semua negara supaya bertindak segera mengekang penularan dan terus melindungi sistem kesihatan dan memberi amaran jangan cepat berpuas hati dengan tindakan pencegahan.

Pakar WHO, Dr Bruce Aylward, dengan tegas memberi amaran supaya jangan cepat membuat kesimpulan jangkitan itu adalah penyakit ringan.

"Kita mungkin bersedia untuk situasi yang sangat berbahaya," tambah Dr Aylward.

Amaran itu dikeluarkan ketika Pfizer memaklumkan ujian klinikal pil Covid-19 dapat mengurangkan kemasukan ke hospital dan menyebabkan kematian dalam kalangan orang berisiko sebanyak hampir 90 peratus.

Pengeluar ubat Amerika itu berkata ubat rawatan baharunya, Paxlovid, mampu melawan varian Omicron dalam ujian makmal.

Ketua Eksekutifnya, Encik Albert Bourla, menggelar ubat berkenaan dapat menjadi "pengubah keadaan" dan dijangka mendapat kelulusan pengawal selia ubat Amerika Syarikat seawal akhir bulan ini.

Kajian kes dari Afrika Selatan menunjukkan dua dos vaksin Pfizer-BioNTech berkesan 70 peratus dalam menghentikan kesan Omicron yang teruk terhadap penyakit.

Penyelidik menyatakan keputusan itu memberangsangkan walaupun ia menunjukkan penurunan keberkesanan terhadap penyakit itu berbanding jenis atau tanda sebelumnya, menampilkan ketidakpastian mengenai Covid-19 sejak ia muncul di China pada 2019.

WHO menyatakan, kadar vaksinasi yang rendah di negara di benua Afrika - tempat Omicron pertama kali dikesan - menyebabkan varian baharu itu terus merebak.

Dianggarkan kadar vaksinasi di Afrika hanya mencapai 40 peratus pada Mei 2022 dan hanya dapat mencapai 70 peratus pada Oktober 2024 sedang banyak negara mempunyai bekalan vaksin yang banyak berlumba-lumba memberikan dos ketiga berbanding menangani varian Omicron. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3