Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WHO: Orang muda pun boleh dijangkiti, maut akibat koronavirus

Mar 21, 2020 | 3:30 PM
Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata orang muda juga boleh jatuh sakit atau meninggal dunia akibat koronavirus.
Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata orang muda juga boleh jatuh sakit atau meninggal dunia akibat koronavirus. - Foto AFP

GENEVA: Orang muda juga boleh jatuh sakit atau meninggal dunia akibat koronavirus, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) semalam.

Oleh itu, orang muda juga harus mengelak daripada bercampur gaul dengan orang ramai dan menjangkiti golongan yang mudah terjejas dan warga emas.

Kini, lebih 275,000 kes dilaporkan di seluruh dunia dan lebih 11,000 terkorban akibatnya.

Meskipun warga emas lebih mudah terjejas, ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata orang muda juga boleh terjejas.

"Data daripada banyak negara jelas menunjukkan bahawa golongan yang berusia bawah 50 tahun membentuk sebahagian besar pesakit yang perlu dimasukkan ke hospital.

"Namun sekarang saya ingin beritahu anda orang muda... virus ini juga boleh menyebabkan anda dimasukkan ke hospital selama berminggu-minggu lamanya atau membunuh anda.

"Kalau anda tidak sakit pun, ke mana anda pergi boleh menjadi soal hidup atau mati bagi orang lain," ujarnya. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg