Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WHO: Penularan Ebola di Liberia telah berakhir

May 9, 2015 | 8:51 PM
-

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini telah mengisytiharkan Liberia sebagai telah "bebas dari Ebola".

Ia menjadikan negara pertama dari tiga negara di Barat Afrika, yang paling terjejas dengan penularas virus itu, keluar secara rasmi dari cengkaman merbahaya tersebut.

"Penularan virus Ebola di Liberia telah berakhir," menurut WHO dalam kenyataan yang dibacakan oleh wakil WHO di Liberia, Dr Alex Ntale Gasasira, di bilik persidangan yang sesak di pusat kerahan kecemasan di Monrovia, ibu kota negara itu.

Sebelum kenyataan dibuat oleh Dr Gasasira itu, seorang pakar penularan virus, Encik Luka Bawo, telah menunjukkan peta yang menunjukkan kesemua kawasan di Liberia yang berwarna hijau dengan nombor 42 dipaparkan di atasnya.

Ia menerangkan bahawa dua tempoh maksimum pengeraman virus, selama 42 hari secara keseluruhannya, telah berlalu sejak orang terakhir yang disahkan mengidapi Ebola dalam negara itu dikebumikan dengan selamatnya, sekaligus memenuhi kriteria rasmi untuk mengakhiri penularan virus dari manusia-ke- manusia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg