Topik diikuti
Pergi ke BHkuWHO prihatin lonjakan kes Covid-19 di negara miskin

May 22, 2020 | 5:30 AM
WHO prihatin lonjakan kes Covid-19 di negara miskin
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melahirkan keprihatinan akan meningkatnya jumlah kes koronavirus baru di negara-negara miskin, sedang banyak negara kaya mulai keluar daripada kawalan pengurungan.
Badan kesihatan global itu berkata terdapat 106,000 kes jangkitan baru koronavirus yang dicatat dalam tempoh 24 jam terakhir, yang paling banyak dalam satu hari sejak wabak itu bermula.