Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WHO sedang teliti kes pesakit yang didapati positif semula

Apr 11, 2020 | 10:08 PM
TANDA TANYA: Pegawai Korea Selatan melaporkan bahawa 91 pesakit yang mulanya disangka tidak dijangkiti koronavirus telah didapati positif. 
TANDA TANYA: Pegawai Korea Selatan melaporkan bahawa 91 pesakit yang mulanya disangka tidak dijangkiti koronavirus telah didapati positif.  - AFP

GENEVA (Switzerland): Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini berkata ia sedang meneliti laporan berkenaan beberapa pesakit Covid-19 yang sebelum ini diuji positif selepas sebelumnya diuji negatif semasa sedang dipertimbangkan untuk dikeluarkan dari hospital.

Pegawai Korea Selatan melaporkan bahawa 91 pesakit yang mulanya disangka tidak dijangkiti koronavirus telah didapati positif.

Pengarah Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea, Dr Jeong Eun-kyeong, memberitahu satu sesi taklimat bahawa virus itu mungkin telah dihidupkan semula berbanding pesakit itu dijangkiti sekali lagi.

WHO memberitahu agensi berita Reuters dalam satu kenyataan ringkas: "Kami sedar tentang laporan berkenaan individu yang diuji negatif bagi Covid-19 menggunakan ujian PCR (rangkaian reaksi polimeras) dan beberapa hari kemudian didapati positif semula.

"Kami sedang berurusan dengan rapat dengan pakar klinikal kami dan bekerja keras untuk mendapatkan lebih banyak maklumat bagi kes-kes individu ini. Adalah penting untuk memastikan tatacara diikuti dengan betul bagi contoh yang dikumpul untuk ujian ke atas pesakit yang disyaki," kata WHO.

Menurut panduan WHO berkenaan pengurusan klinikal, seseorang pesakit boleh dilepaskan dari hospital selepas keputusan dua ujian klinikal adalah negatif berturut-turut dalam tempoh 24 jam, tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg