Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WHO siasat kaitan sirap batuk dengan kematian lebih 300 kanak-kanak

Jan 26, 2023 | 5:30 AM
6db07c9a-d484-4c76-93cf-775420fd94a3
-

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang menyiasat sama ada terdapat sebarang kaitan antara pengilang di mana sirap batuknya tercemar dengan kematian lebih 300 kanak-kanak di Gambia, Indonesia dan Uzbekistan.

WHO sedang mencari lebih banyak maklumat tentang bahan mentah khusus yang digunakan oleh enam pengilang di India dan Indonesia untuk menghasilkan ubat yang dikaitkan dengan kematian tersebut baru-baru ini.

Pertubuhan itu juga sedang menyiasat sama ada pengilang itu memperoleh bahan mentah daripada pembekal yang sama.

WHO tidak menamakan mana-mana pembekal yang terlibat.

WHO juga sedang mempertimbangkan sama ada untuk mengeluarkan nasihat kepada keluarga di seluruh dunia, menilai semula penggunaan sirap batuk untuk kanak-kanak bagi memastikan keselamatan mereka sementara siasatan sedang dijalankan.

Pakar WHO sedang menilai bukti sama ada, atau bila, produk sedemikian diperlukan dari segi perubatan untuk kanak-kanak.

Kematian kanak-kanak akibat kecederaan akut buah pinggang bermula pada Julai 2022 di Gambia, diikuti dengan Indonesia dan Uzbekistan.

WHO berkata kematian itu dikaitkan dengan sirap batuk yang dijual di kedai tanpa memerlukan preskripsi atau lesen yang diambil oleh kanak-kanak untuk penyakit biasa.

Sirap batuk itu mengandungi toksin yang diketahui, seperti diethylene glycol atau ethylene glycol.

Setakat ini, WHO telah mengenal pasti enam pembuat ubat di India dan Indonesia yang menghasilkan sirap itu.

Mereka sama ada enggan mengulas mengenai siasatan atau menafikan menggunakan bahan tercemar yang menyumbang kepada sebarang kematian.

"Ini adalah keutamaan tertinggi bagi kami, untuk memastikan tiada lagi kematian kanak-kanak daripada sesuatu yang boleh dicegah," kata jurucakap WHO, Cik Margaret Harris, tanpa mengulas lanjut mengenai butiran kerja pertubuhan itu.

Agensi kesihatan bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata Isnin lalu ia telah meluaskan penyiasatannya terhadap potensi pencemaran diethylene glycol dan ethylene glycol dalam sirap batuk ke empat negara tambahan di mana produk yang sama mungkin telah dijual.

Negara itu adalah Kemboja, Filipina, Timor Timur dan Senegal.

WHO menyeru pemerintah lain dan industri farmaseutikal global untuk melancarkan pemeriksaan segera bagi menghapuskan ubat yang tidak berkualiti dan menambah baik peraturan. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg