Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

WHO: Varian asal India, kini di 53 negara

May 27, 2021 | 05:30 AM



GENEVA: Varian koronavirus yang pertama kali ditemui di India, kini dikesan di 53 negara, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) semalam.



WHO juga telah menerima maklumat dari sumber tidak rasmi bahawa varian B1617 itu dikesan di tujuh negara lain.



Ini menjadikan jumlah negara yang terjejas mencapai 60, menurut perangkaan epidemiologi agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Laporan tersebut juga menyatakan B1617 menunjukkan kadar jangkitan lebih tinggi, sementara tahap keparahan penyakit dan risiko jangkitan kini masih disiasat.



Sepanjang tempoh minggu lalu, jumlah kes baru dan kematian sedunia semakin berkurangan, dengan sebanyak 4.1 juta kes baru dan 84,000 kematian yang dilaporkan.



Ini menunjukkan kemerosotan 14 dan dua peratus masing-masing berbanding minggu sebelumnya.



WHO di Eropah melaporkan kemerosotan terbanyak dari segi jumlah kes baru dan kematian dalam tempoh tujuh hari lalu, diikuti rantau Asia Tenggara.



Jumlah kes yang dilaporkan oleh Amerika, Mediterranean Timur, Afrika dan wilayah Pasifik Barat serupa dengan apa yang dilaporkan minggu sebelumnya.



"Meskipun terdapat trend kes yang semakin merosot sepanjang empat minggu lalu, jumlah kes dan kematian Covid-19 tetap tinggi, dan jumlah kes yang meningkat masih dilihat di beberapa negara seluruh dunia," menurut laporan itu.



Laporan tersebut juga memberikan butiran mengenai empat mutasi yang dikategorikan sebagai varian yang membimbangkan: yang dilaporkan di Britain (B117), Afrika Selatan (B1351), Brazil (P1) dan India (B1617).



Dalam menghitung jumlah rantau yang melaporkan kes yang melibatkan varian itu, WHO menggabungkan maklumat rasmi dan tidak rasmi.



Sementara itu, laporan itu menyatakan ia sedang memantau enam varian. Dua darinya ditemui di Amerika Syarikat, dan tiga lagi di Brazil, Filipina dan Perancis. -AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >