Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wilayah di New Zealand dikenakan darurat akibat taufan 'Hale'

Jan 12, 2023 | 5:30 AM
BENCANA ALAM: Sebahagian besar Pulau Utara New Zealand, termasuk Tairawhiti, juga dikenali sebagai East Cape, mengalami hujan lebat, laut bergelora dan angin kencang akibat taufan 'Hale' yang melanda negara itu. - Foto TAIRAWHITI CIVIL DEFENCE/FACEBOOK
BENCANA ALAM: Sebahagian besar Pulau Utara New Zealand, termasuk Tairawhiti, juga dikenali sebagai East Cape, mengalami hujan lebat, laut bergelora dan angin kencang akibat taufan 'Hale' yang melanda negara itu. - Foto TAIRAWHITI CIVIL DEFENCE/FACEBOOK -

WELLINGTON: Wilayah Tairawhiti di New Zealand telah dikenakan perintah Darurat semalam akibat taufan 'Hale' yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh di kawasan itu, menurut perkhidmatan pertahanan awam wilayah tersebut

Sebahagian besar Pulau Utara New Zealand, termasuk Tairawhiti, juga dikenali sebagai East Cape, mengalami hujan lebat, laut bergelora dan angin kencang ketika taufan tropika Hale melintasi negara itu.

Tairawhiti yang terletak di pantai timur merupakan satu-satunya wilayah dalam keadaan darurat.

Lebih daripada 220 milimeter hujan turun di rantau berkenaan dalam tempoh 24 jam lalu.

Banjir telah menyebabkan sebahagian penduduk berpindah, sementara pekan kecil di luar bandar terputus bekalan elektrik hingga menjejas sekitar 1,270 rumah.

Paras air sungai masih tinggi dan rangkaian takungan air kumbahan pula telah penuh, kata Pertahanan Awam Tairawhiti dalam satu kenyataan di Facebook.

"Keadaan darurat ini kekal dengan tumpuan kami adalah memulihkan kuasa dan akses kepada semua masyarakat kami yang terputus hubungan, tetapi ia mungkin mengambil masa," terang pasukan pertahanan awam.

Ia telah meminta orang ramai, jika boleh, tidak melakukan perjalanan, berwaspada terhadap banjir di permukaan, tergelincir dan di mana jalan rosak atau pokok tumbang.

Penyedia khidmat ramalan cuaca kerajaan New Zealand, Metservice, meramalkan wilayah itu akan menerima lebih banyak hujan dalam dua hari ini.

Langkah Darurat berkuat kuasa pada 10 malam (5 petang, waktu Singapura) pada Selasa dan akan tamat tempoh dalam tujuh hari melainkan ditarik balik lebih awal, kata Pengurusan Kecemasan Pertahanan Awam dalam satu kenyataannya.

Ia juga menasihatkan orang ramai supaya menjauhi jalan raya, kerana banjir permukaan dijangka berlaku di banyak kawasan di seluruh rantau ini.

Di penempatan Matawai di Gisborne, hampir 400 penduduk terputus bekalan elektrik selama semalaman, kata agensi itu dan mengesyorkan penduduk di kawasan Willowflat Sungai Hikuwai agar berpindah kerana aliran banjir yang semakin meningkat. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg