Wilayah paling padat penduduk Australia catat kenaikan jangkitan Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wilayah paling padat penduduk Australia catat kenaikan jangkitan Covid-19

Jul 27, 2021 | 5:30 AM

Wilayah paling padat penduduk Australia catat kenaikan jangkitan Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SUNYI SEPI: Seorang pejalan kaki dilihat di kawasan pusat bandar Sydney, New South Wales, di mana arahan jangan keluar rumah bagi kawasan Greater Sydney dan sekitarnya telah diperketatkan dengan semua perniagaan tidak penting ditutup dan kerja binaan dihentikan sehingga 30 Julai ini. - Foto EPA-EFE
SUNYI SEPI: Seorang pejalan kaki dilihat di kawasan pusat bandar Sydney, New South Wales, di mana arahan jangan keluar rumah bagi kawasan Greater Sydney dan sekitarnya telah diperketatkan dengan semua perniagaan tidak penting ditutup dan kerja binaan dihentikan sehingga 30 Julai ini. - Foto EPA-EFE -

SYDNEY: Negeri paling ramai penduduk di Australia melaporkan kenaikan dalam jumlah kes Covid-19 semalam meskipun arahan jangan keluar rumah selama beberapa minggu telah dilaksanakan sementara polis memberi amaran tindak keras terhadap sebarang ulangan bantahan anti-sekatan pergerakan ganas yang berlaku pada hujung minggu.

New South Wales, di mana lebih 5 juta orang di bandar Sydney dikenakan sekatan pergerakan selama sebulan, melaporkan 145 kes baru - daripada 141 kes sehari sebelumnya - sedang ia menghadapi cabaran membendung penularan varian Delta yang lebih mudah berjangkit.

Daripada jumlah itu, 51 pesakit yang baru didiagnos itu aktif dalam masyarakat sebelum diuji positif, sekali gus meningkatkan risiko penularan.

Pihak berkuasa berkata mereka mahu angka kes hampir sifar sebelum menarik balik sekatan pergerakan pandemik paling ketat bandar itu pada tarikh sasaran 30 Julai.

"Sesetengah keadaan mungkin berubah. Kami mungkin perlu mengambil langkah lebih ketat di beberapa kawasan dan melonggarkan langkah di beberapa tempat lain," kata perdana menteri negeri Gladys Berejiklian dalam satu sidang media yang disiarkan di televisyen.

Beliau menambah bahawa maklumat terkini mengenai sekatan pergerakan akan diberikan dalam beberapa hari mendatang.

Pada hujung minggu lalu, ribuan orang berarak dalam satu bantahan anti-sekatan pergerakan yang bertukar menjadi ganas di kawasan pusat Sydney, satu kejadian yang disifatkan sebagai "membimbangkan" oleh ketua pegawai kesihatan negeri Kerry Chant.

Sedang gambar dan video bantahan itu disebarkan di media sosial, termasuk gambar seorang lelaki menumbuk kuda polis di bahagian kepalanya, pesuruhjaya polis negeri Mick Fuller berkata sekitar 10,000 orang telah menghubungi talian polis untuk melaporkan individu yang disyaki melanggar arahan sekatan pergerakan.

Panggilan kepada polis itu merupakan "bangkangan luar biasa oleh masyarakat, bukan hanya dari segi rasa terkejut mereka pada bantahan tetapi dalam cara polis dilayani," kata Fuller.

Polis mengetahui tentang rancangan untuk mengadakan bantahan berulang dan tingkah laku serupa "tidak akan ditoleransi lagi", tambah beliau.

Negeri Victoria, yang juga di bawah sekatan pergerakan, melaporkan 11 kes baru, namun kesemuanya sedang menjalani kuarantin semasa tempoh berjangkit.

Pihak berkuasa berkata mereka akan menentukan hari ini sama ada sekatan pergerakan akan ditarik balik seperti yang diharapkan.

Negeri Australia Selatan pula berkata ia mengikut jadual untuk keluar daripada sekatan pergerakan selama seminggu esok selepas melaporkan satu kes setempat baru, yang juga dalam kuarantin semasa tempoh berjangkit.

Penularan itu, yang tercetus oleh seorang pemandu transit lapangan terbang yang dijangkiti di Sydney bulan lalu, telah menyebabkan ribuan kes baru varian Delta muncul dan pergerakan sekatan dilaksanakan semula ke atas lebih daripada separuh 25 juta penduduk negara itu. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg