Topic followed successfully
Go to BHkuWiranto nafi anak sertai kumpulan radikal
Premium
Wiranto nafi anak sertai kumpulan radikal
Gambar anak, menantu pakai pakaian yang dikait dengan radikalisme, pengganasan tular
Nov 25, 2018 | 5:30 AM
Wiranto nafi anak sertai kumpulan radikal
JADI CAKAPAN: Anak Encik Wiranto, Cik Lia Wiranto, yang kehilangan anak ketujuhnya berusia 15 bulan, dilihat dalam gambar memakai niqab hitam, tudung muka penuh. Di sisinya ialah suaminya berpakaian serban putih dan jubah Arab. Gambar pengebumian itu tular di media sosial dan menjadi cakapan. - Foto FACEBOOK WIRANTO -
JAKARTA: Ketua keamanan Indonesia, Encik Wiranto, memberi penjelasan panjang lebar membela keluarganya menyusuli beberapa tuduhan bahawa sebahagian anggota keluarganya telah menyertai kumpulan radikal.
Encik Wiranto, Menteri Penyelarasan Politik, Perundangan dan Keselamatan, menulis surat awam Isnin lalu untuk menjawab komen mengenai gambar yang disiarkan di media sosial mengenai keluarganya di pengebumian cucunya, Achmad Daniyal Al Fatih, Jumaat sebelumnya.

