Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS yakin kanak-kanak 5-11 tahun boleh diberi vaksin Pfizer

Sep 13, 2021 | 4:43 PM
Vaksin Covid-19 Pfizer 19 dipercayai selamat diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, menurut pakar AS. - Foto EPA-EFE
Vaksin Covid-19 Pfizer 19 dipercayai selamat diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, menurut pakar AS. - Foto EPA-EFE -

WASHINGTON: Pegawai kanan kesihatan Amerika Syarikat (AS) percaya vaksin Covid-19 Pfizer 19 akan diberi kebenaran penggunaannya bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menjelang akhir Oktober ini.

Dua sumber yang mengetahui mengenai perkembangan itu berkata, ia berdasarkan jangkaan Pfizer, yang membangunkan suntikan itu dengan syarikat Jerman, BioNTech, akan mempunyai data mencukupi dari ujian klinikal.

Ia memadai untuk mendapatkan kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) bagi kumpulan umur terbabit dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS menjelang akhir bulan ini.

Sumber itu menjangkakan, FDA dapat membuat keputusan sama ada suntikan itu selamat dan berkesan bagi kanak-kanak lebih muda dalam tempoh tiga minggu selepas penyerahan dokumen EUA.

Pakar penyakit berjangkit terkemuka AS, Dr Anthony Fauci, menggariskan jadual waktu inokulasi itu dalam mesyuarat yang dihadiri ribuan kakitangan di Institut Kesihatan Nasional (NIH) Jumaat lalu.

Keputusan sama ada akan membenarkan penggunaan vaksin untuk golongan lebih muda begitu dinanti-nantikan oleh jutaan rakyat AS terutama ibu bapa dengan anak yang memulakan persekolahan sejak beberapa minggu lalu. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg