Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS yakin vaksin Pfizer boleh diberi kanak-kanak 5-11 tahun

Sep 12, 2021 | 5:30 AM
f9fed538-8d77-470c-bfa0-c329b217480b
-

WASHINGTON: Pegawai kanan kesihatan Amerika Syarikat (AS) percaya vaksin Pfizer Covid-19 akan diberi kebenaran penggunaannya bagi kanak-kanak yang berusia 5-11 tahun menjelang akhir Oktober ini, menurut dua sumber yang mengetahui mengenai perkembangan itu semalam.

Garis masa berdasarkan jangkaan bahawa Pfizer, yang membangunkan suntikan itu dengan syarikat Jerman, BioNTech, akan mempunyai data mencukupi dari ujian klinikal untuk mendapatkan kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) bagi kumpulan umur tersebut dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat menjelang akhir bulan ini.

Sumber itu menjangkakan FDA dapat membuat keputusan sama ada suntikan itu selamat dan berkesan bagi kanak-kanak lebih muda dalam tempoh tiga minggu selepas penyerahan dokumen EUA.

Keputusan sama ada untuk membenarkan penggunaan vaksin untuk golongan lebih muda begitu dinanti-nantikan oleh berjuta-juta rakyat Amerika, terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang memulakan persekolahan sejak beberapa minggu lalu berikutan penularan varian Delta.

Pakar penyakit berjangkit terkemuka AS, Dr Anthony Fauci, menggariskan jadual waktu dalam mesyuarat dewan yang dihadiri beribu-ribu kakitangan di Institut Kesihatan Nasional (NIH) Jumaat lalu. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg