Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yasin lepas tali gantung

Jul 6, 2022 | 5:35 PM
RASA SYUKUR: Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman berasa syukur menyusuli keputusan Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja.
RASA SYUKUR: Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman berasa syukur menyusuli keputusan Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja. - HARIAN METRO

PETALING JAYA - Syukur, demikian reaksi penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman selepas Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja, pada Rabu (6 Julai).

Yasin berkata, keputusan itu merupakan satu perkembangan positif bagi dirinya.

"Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.

"Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya," katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret.

Sementara itu, abang Yasin, Zain Sulaiman,50 tahun, berkata, mereka sekeluarga bersyukur dengan keputusan Mahkamah Majistret hari ini biarpun adiknya itu tidak dapat beraya bersama pada Aidiladha nanti.

"Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun Alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes yang Yassin hadapi ini.

"Saya harap rakan-rakan, teman akan terus mendoakan untuk Yasin," katanya.

Pada Rabu, penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram, Mac lalu. - Sinar Harian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg