Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

YouTube dituduh kumpul data kanak-kanak

Sep 05, 2019 | 07:55 AM



WASHINGTON - YouTube diperintahkan untuk membayar AS$170 juta (S$235 juta) untuk menyelesaikan tuduhan bahawa ia telah mengumpulkan maklumat peribadi daripada kanak-kanak tanpa persetujuan ibu bapa mereka, menurut Suruhanjaya Perdagangan Federal Amerika Syarikat (FTC).



Platform video dalam talian itu dituduh telah mengumpul data peribadi dalam bentuk "pengenalan yang berterusan", juga dikenali sebagai ‘cookie’, yang digunakan untuk memantau penggunaan Internet seseorang pengguna. 



Menurut laporan Deutsche Presse-Agentur (DPA), YouTube telah mengumpul data daripada penonton kanak-kanaknya menerusi saluran kanak-kanak yang ditonton oleh mereka di bawah usia 13 tahun, tanpa memberitahu ibu bapa terlebih dahulu, dan sebelum mendapatkan persetujuan ibu bapa.



Dengan ini, YouTube didakwa telah melanggar peraturan Amerika Syarikat yang direka untuk melindungi keperibadian kanak-kanak dalam talian, yang juga dikenali sebagai COPPA, kata FTC dalam satu kenyataan kepada akhbar.



YouTube telah memperoleh jutaan dolar dengan menggunakan ‘cookie’ untuk menyampaikan iklan yang disasarkan kepada penonton, menurut aduan yang difailkan oleh FTC dan negeri New York.



Penyelesaian tersebut bererti syarikat Google, yang memiliki YouTube, perlu membayar AS$136 juta kepada FTC dan AS$34 juta kepada negeri New York.



YouTube berkata ia akan meringankan kebimbangan FTC dengan melancarkan dasar baru dalam masa empat bulan yang mengubah cara ia mengendalikan data berkaitan kandungan kanak-kanak.



YouTube juga mengatakan bahawa ia akan berhenti memaparkan iklan peribadi, dan tidak akan membenarkan fungsi komen dan notificasi digunakan pada kandungan kanak-kanak. -Agensi Berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >