Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

YouTube padam sejuta video sebar maklumat salah mengenai Covid-19

Aug 27, 2021 | 5:30 AM
e6a6fbb0-a362-4322-ac35-4ab777bc39ea
-

WASHINGTON: YouTube memaklumkan sudah memadam lebih sejuta video menyebarkan maklumat salah mengenai koronavirus sejak bermulanya pandemik Covid-19.

Pentas video milik Google itu mengeluarkan kenyataan terbabit selepas dikritik hebat pemimpin politik kerana gagal membendung penyebaran berita palsu berkaitan Covid-19 dan isu berkaitan yang memudaratkan umum.

YouTube, dalam satu paparan blog, menegaskan ia bergantung kepada konsensus pakar dari pertubuhan kesihatan termasuk Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bagaimanapun, ia turut mengakui bahawa dalam sesetengah kes, maklumat palsu agak samar berikutan banyak maklumat baharu diterima.

Ketua Pegawai Produk, Neal Mohan, berkata dasar YouTube tertumpu kepada memadamkan sebarang video yang mungkin mengakibatkan kesan buruk kepada dunia secara umum.

"Sejak Februari 2020, kami sudah memadamkan lebih sejuta video berkaitan bahaya koronavirus termasuk ubat palsu atau penipuan berkaitan rawatan.

"Ketika pandemik global sekarang, setiap orang harus mendapat maklumat terkini yang sahih bagi memastikan diri dan keluarga selamat," katanya.

Menurut YouTube lagi, ia sedang berusaha untuk mempercepatkan proses memadamkan video mengandungi maklumat salah dan pada masa sama, ketengahkan berita sahih.

Encik Mohan berkata, pentas yang ada sekarang mengendalikan hampir 10 juta video setiap suku tahun dan kebanyakannya dilihat kurang daripada 10 kali.

"Kecepatan memadamkan video adalah penting tetapi kami tahu ia tidak memadai... apa yang lebih penting ialah kita menambah kandungan yang baik dan mengurangkan kandungan salah.

"Apabila orang ramai mencari maklumat bagi berita atau maklumat, mereka akan menerima keputusan optimum yang berkualiti, bukannya berdasarkan betapa sensasinya sesuatu kandungan video," katanya.

YouTube juga memaklumkan sudah memadamkan ribuan video yang melanggar dasar maklumat palsu ketika pilihan raya sejak pemilihan di AS November lalu, dengan tiga perempat dipadamkan sebelum dilihat 100 kali. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg