Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'YouTuber' panjat bangunan Merdeka 118 M'sia didakwa

Jan 12, 2023 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Sekumpulan pencipta kandungan yang baru-baru ini memuat naik video YouTube tentang bagaimana mereka mendaki bangunan pencakar langit Merdeka 118 Kuala Lumpur tahun lalu telah ditahan dan didakwa selepas melakukan perbuatan tersebut, kata pemilik bangunan itu.



Saluran YouTube Driftershoots memuat naik video aksi tersebut pada 30 Disember 2022.



Video selama 7 minit 19 saat itu menunjukkan kumpulan tersebut, dengan muka mereka dikaburkan, menyelinap ke tapak dengan memakai pakaian seperti pekerja binaan.



Sebaik masuk, seorang ahli kumpulan itu dilihat memotong jaring yang menghalang mereka masuk.



Video itu menunjukkan mereka sampai ke puncak menara dalam keadaan hujan.



"Beberapa percubaan telah pun berakhir dengan hukuman penjara bagi individu tertentu jadi kami tahu kami menghadapi kemungkinan besar," kata saluran itu dalam penerangan videonya.



"Percubaan itu berakhir dengan jayanya dan siaran video ini seakan hadiah pada akhir tahun. Video ini merupakan ekspresi artistik mengenai kebebasan yang dilakukan atas nama cinta, saya tidak menggalakkan sesiapa meniru aksi yang ditunjukkan dalam video ini."



Tiada butiran diberikan mengenai tarikh sebenar pendakian dengan penerangan video hanya mengatakan ia "sebentar tadi".



PNB Merdeka Venture, yang memiliki bangunan itu, dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu berlaku pada 1 Mei 2022, dan semua penceroboh telah pun ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.



"Kami ingin mengulangi bahawa aksi seperti ini adalah berbahaya dan menyalahi undang-undang, dan membahayakan keselamatan penceroboh dan kakitangan yang bekerja keras di tapak.



"Oleh itu, sangat merunsingkan perbuatan dilarang yang berlaku di tempat kami telah digunakan untuk keuntungan komersial dan populariti secara haram," kata kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.



Ia menambah bahawa syarikat itu akan terus menaik taraf langkah keselamatannya dengan sewajarnya kerana bangunan itu masih merupakan tapak pembinaan yang aktif di mana keselamatan satu keutamaan.



Pada 28 Disember, media melaporkan pasangan aksi berani Ivan Beerkus dan Angela Nikolau telah menaiki Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia, lantas menimbulkan persoalan mengenai keselamatan di media sosial.



Gambar perbuatan mereka telah dimuat naik di Internet dan dikongsi semula di Reddit.



Polis sedang menyiasat dakwaan pasangan itu dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengesahkan ketulenan video mereka. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >