Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zafrul tawar diri bertanding Ahli MKT Umno

Feb 3, 2023 | 5:30 AM
INGIN TANDING: Tengku Zafrul mengesahkan hasratnya bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada pemilihan parti Mac ini. - Foto BT
INGIN TANDING: Tengku Zafrul mengesahkan hasratnya bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada pemilihan parti Mac ini. - Foto BT -

KUALA LUMPUR : Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengesahkan hasratnya bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada pemilihan parti Mac ini.

Tengku Zafrul berkata hasrat itu bagi membolehkan dirinya bersama pemimpin yang akan dipilih nanti menyumbang khidmat kepada parti khususnya bagi memulihkannya.

"Ya, saya dengan rendah hati menawarkan diri bertanding jawatan MKT Umno untuk menyumbang khidmat kepada parti. Politik ini sifatnya dinamik dan yang paling penting ialah sentuhan efektif membantu untuk memartabatkan masyarakat dan negara.

"Umno sebuah parti berpengalaman dan barisan pemimpinnya matang menempuh jatuh bangun politik.

"Justeru, saya percaya pemimpin dan akar umbi parti mahu melihat gabungan kepimpinan yang lebih dinamik dengan pelbagai latar untuk pastikan proses pengukuhan parti pasca Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15) dapat berjalan dengan baik," katanya dipetik portal berita, lapor Berita Harian Malaysia.

Umno secara rasminya memulakan persidangan peringkat cawangannya dengan tumpuan kepada agenda pemilihan parti yang telah bermula hingga 26 Februari, manakala bagi pemilihan kepimpinan peringkat Umno bahagian dan MKT, akan berlangsung pada 18 Mac depan.

Sementara itu, sumber pemimpin Umno memaklumkan dua penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid, hampir pasti mempertahankan semula jawatan disandang pada pemilihan kali ini.

Datuk Mohamed Khaled kini adalah Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, manakala Datuk Mahdzir adalah bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan pada PRU15 lalu, beliau gagal mempertahan kerusi Parlimen Padang Terap yang disandangnya sejak 2013.

Hanya seorang lagi Naib Presiden yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, belum memutuskan sebarang pendirian mengenai hasratnya mahu bertanding dalam mana-mana jawatan pada pemilihan kali ini.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, juga dikhabarkan akan merebut jawatan nombor tiga Umno itu kelak. Beliau kini memegang jawatan Menteri Luar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg