Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zahid: Agong titah 30 anggota parlimen BN sertai kerajaan dibentuk

Nov 23, 2022 | 5:28 PM
DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah menitahkan kesemua 30 Anggota Parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan, kata Presiden BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Presiden Umno memaklumkan demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong bersama dua pemimpin tertinggi gabungan berkenaan di Istana Negara, pagi Rabu (23 Nov). Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga AP Bagan Datuk (Perak) juga menegaskan, Seri Paduka tidak menitahkan apa-apa mengenai pendirian berkecuali. "Tak ada, tak ada. Bukan itu titah tuanku. Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan," kata Presiden Umno itu seperti dilaporkan portal berita, Malaysiakini. Turut bersama menghadap Yang di-Pertuan Agong pada sesi bermula kira-kira 10.30 pagi itu adalah Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan; dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Perdana Menteri Malaysia yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Selasa (22 Nov) menyatakan Dewan Tertinggi BN bersetuju kekal sebagai pembangkang buat masa ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg