Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SUSULAN PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Zahid: Agong titah 30 ahli parlimen BN sertai kerajaan perpaduan

Nov 24, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah menitahkan kesemua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan, kata Presiden BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Beliau yang juga Presiden Umno memaklumkan demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong bersama dua pemimpin tertinggi gabungan berkenaan di Istana Negara, pagi semalam.



Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk (Perak) juga menegaskan, Seri Paduka tidak menitahkan apa-apa mengenai pendirian berkecuali.



"Tak ada, tak ada. Bukan itu titah tuanku. Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan," kata Presiden Umno itu seperti dilaporkan portal berita, Malaysiakini, semalam.



Turut bersama menghadap Yang di-Pertuan Agong pada sesi bermula kira-kira jam 10.30 pagi itu adalah Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan; dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.



Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelmarin menyatakan Dewan Tertinggi BN bersetuju kekal sebagai pembangkang buat masa ini.



Seri Paduka kelmarin menitahkan agar semua 30 Ahli Parlimen BN hadir di Istana Negara untuk ditemu bual baginda dalam mencari penyelesaian kemelut pembentukan kerajaan serta pelantik Perdana Menteri Ke-10.



Bagaimanapun, menurut Datuk Seri Ahmad Zahid, sesi itu digantikan dengan beliau bersama Datuk Seri Mohamad dan Datuk Seri Dr Zambry menghadap Yang di-Pertuan Agong.



Susulan titah Seri Paduka pada pertemuan itu, Pengerusi BN berkenaan berkata, ia akan dibincangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan kemudian Dewan Tertinggi BN.



Mesyuarat MKT Umno dijadual berlangsung pada jam 8 malam tadi, diikuti pertemuan Dewan Tertinggi BN.



Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) adalah dua blok parti politik yang mendapat jumlah kerusi Dewan Rakyat tertinggi, masing-masing 82 dan 73 kerusi, namun tidak cukup majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.



Kedua-dua blok parti itu memerlukan sokongan Ahli Parlimen mewakili gabungan parti lain, termasuk BN yang menang 30 kerusi bagi mendapat sokongan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.



Susulan itu, buat julung kali pemimpin BN dan PN bertemu sekitar 3 petang semalam - dipercayai bagi merungkai kemelut politik negara.



Pertemuan di Hotel St Regis itu dihadiri Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan; Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Naib Presiden Umno; serta Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zaimuddin.



Ketika ditanya media mengenai mesyuarat apa yang akan dihadirinya, Datuk Seri Ismail hanya berkata: "Tak tahu lagi." - BHM, Malaysiakini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >