Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Zahid: Keputusan pemilihan Umno diharap tanda kebangkitan parti

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Zahid: Keputusan pemilihan Umno diharap tanda kebangkitan parti

Mar 19, 2023 | 03:35 PM

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap keputusan yang dibuat di 189 bahagian pada pemilihan parti pada Sabtu, akan menjadi satu langkah kepada kebangkitan semula parti itu.

Beliau yang juga Barisan Nasional (BN)  berkata kepimpinan yang terpilih menerusi keputusan yang dibuat perwakilan, bukan sahaja membabitkan pusat, bahkan turut melibatkan peringkat negeri dan bahagian, perlulah bergerak seiring dan bekerja sebagai satu pasukan, dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Pada Ahad, Datuk Ahmad Zahid berpuas hati dengan perjalanan Pemilihan Umno 2023 yang berlangsung di seluruh negara.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu berkata sukar untuk memuaskan hati semua pihak memandangkan terdapat 160,000 perwakilan yang terbabit dalam pemilihan kali ini.

“Saya berpuas hati tetapi perlu penelitian dan kita mesti berlaku adil pada setiap calon (dan) perwakilan yang hadir kerana jumlah semuanya ialah 160,000... tidak mustahil kalau ada yang tak puas hati,” katanya.

Pemilihan Umno turut menyaksikan barisan Naib Presiden Umno dengan penampilan dua muka baru.

Dua muka baru iaitu Pengerusi Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismai,l dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.


Seorang lagi adalah penyandang jawatan itu yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Johor yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, turut mengesahkan kemenangannya. – Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3