Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zahid minta keserasian 19 parti Kerajaan Perpaduan dipercepat

May 15, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kesemua 19 parti komponen di bawah kerajaan perpaduan perlu memperkukuh keserasian dan mengeratkan hubungan mereka bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang.



Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang diadakan pada Ahad adalah wadah paling sesuai untuk parti itu mengukuhkan hubungan mereka menjelang pilihan raya negeri (PRN).



"Mulai hari ini dengan konvensyen, kita mesti mengeratkan hubungan dan memperkukuh keserasian kita," katanya selepas pertemuan tertutup dengan pimpinan dan ketua bahagian Umno pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan pada Ahad.



Suara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut kembali menggegarkan Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) tempat konvensyen itu berlangsung selepas kali terakhir beliau berucap di situ atas pentas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 1997, 26 tahun lalu.



"Kalau orang tanya, apa hebatnya Kerajaan Perpaduan, saya jawab hebatnya kerana pasukan pimpinan saya bertekad untuk menghentikan kerosakan amalan yang runtuh nilai dan menyebabkan negara rugi serta dihina dunia akibat amalan untuk perkayakan diri dan menyalahgunakan kuasa," ujarnya.



Konvensyen itu juga memberi peluang kepada kesemua 19 parti dalam komponen kerajaan untuk mencari titik persamaan bagi mewujudkan Malaysia yang lebih baik, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, dan mereka tidak boleh lagi memberi tumpuan pada perbezaan antara mereka, meskipun pernah berseteru sejak puluhan tahun lalu, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Tegasnya, kesemua parti perlu bergerak bersama-sama untuk mencari penyelesaian mengangkat isu kebajikan rakyat, ekonomi dan perpaduan sebagai langkah ke hadapan.



"Apa yang kita nak fokuskan adalah mencari titik persamaan, bukan memberi tumpuan pada perbezaan. Apakah persamaan yang boleh memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat kita? Apakah titik persamaan yang boleh kita beri tumpuan supaya kita dapat mengangkat kehidupan rakyat kita? Apakah titik persamaan untuk kita gerakkan ekonomi negara kita?



"Inilah yang boleh menjadi tumpuan dalam kalangan pemuda dan konvensyen ini untuk membina bersama negara kita berteraskan konsep Kerajaan Madani," katanya ditemui media selepas Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023 sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), pada Ahad.



Sebelum itu, beliau telah menyaksikan pelancaran 'Tekad Pemuda Perpaduan dan Geng Perpaduan (GP)' selepas selesai Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023 yang bermula pada 10 pagi Ahad.



Tekad itu menggariskan lima perkara yang bakal menjadi teras dan matlamat sayap pemuda Kerajaan Perpaduan iaitu Bina Bersama Kesepakatan Politik, Bina Bersama Perpaduan Nasional, Bina Bersama Ekonomi Belia, Bina Bersama Jaminan Sosial serta Bina Bersama Kemampanan dan Kestabilan Sosio Ekonomi.



Sementara itu Ketua Angkatan Muda Keadilan, Encik Adam Adli menggesa agar suhu ketegangan politik di negara itu perlu diketepikan meskipun wujud perbezaan fahaman politik. Beliau berpendapat politik Malaysia memerlukan nafas baharu dalam memastikan agenda kerajaan perpaduan dapat dicapai terutamanya generasi muda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >