Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zahid presiden baru Umno

Jun 30, 2018 | 10:48 PM



KUALA LUMPUR: Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sah menjadi presiden baru parti itu selepas berjaya meraih 85 peratus undi di pemilihan Umno hari ini (30 Jun).



Sehingga 9.40 malam tadi, Datuk Seri Zahid memperoleh 93 undi, menewaskan empat pesaingnya.



Antara pesaingnya itu termasuk dua nama besar Umno iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang mendapat 51 undi serta pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah yang mendapat 23 undi.



Datuk Seri Zahid yang juga mantan timbalan perdana menteri Malaysia merupakan pemimpin paling kanan parti itu selepas dinaikkan pangkat pada 2015 oleh mantan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang meletak jawatan selaku presiden Umno menyusuli keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang mengejutkan pada 9 Mei lalu.



Datuk Seri Zahid telah berkempen dengan janji untuk menawarkan rakyat Malaysia sesuatu yang baru sementara menekankan pentingnya kesinambungan agar parti itu dapat bangkit semula dalam pilihan raya akan datang, menurut akhbar The Straits Times.



Beliau juga menegaskan bahawa Umno harus kekal sebagai parti yang dianggotai orang Melayu sahaja.



Dalam pada itu, pesaingnya yang juga mantan Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin, memberi pandangan lebih liberal dengan mengatakan bahawa Umno harus terbuka kepada semua saranan kerana ia kini sedang bertarung untuk terus hidup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >