Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zakar lelaki Australia letup angkara sumbat bateri dalam kemaluan

Feb 22, 2024 | 1:04 PM
Seorang lelaki di Australia berusia 73 tahun dikejarkan ke hospital gara-gara bateri butang yang disumbat dalam alat kemaluannya meletup.
Seorang lelaki di Australia berusia 73 tahun dikejarkan ke hospital gara-gara bateri butang yang disumbat dalam alat kemaluannya meletup. - Foto Getty Images/iStockphoto

MELBOURNE: Angkara ingin mendapatkan kepuasan seksual dengan menyumbat bateri kepada kemaluan, seorang lelaki di Australia berusia 73 tahun dikejarkan ke hospital.

Dalam kejadian yang berlaku di Footscray, bahagian zakar lelaki terbabit mengalami kecederaan parah selepas bateri yang disumbat meletup.

Pakar perubatan dari Jabatan Urologi Hospital Western Health, Encik Brendan Akihiko Yanada, menerusi laporan media tempatan, menjelaskan penemuan ‘barang asing’ di bahagian uretra lelaki terbabit menerusi imbasan X-ray.

Beliau menjelaskan Kaum Adam secara umumnya seringkali memasukkan barangan ke dalam bahagian alat sulit mereka demi mendapatkan kepuasan – termasuklah skru, sudu, garfu, antara lain.

Jenis bateri bulat yang digunakan dalam kes ini boleh menyebabkan penghakisan dan kerosakan tisu apabila dimasukkan ke dalam uretra.

Lelaki terbabit tiba di hospital 24 jam selepas memasukkan tiga bateri bulat ke dalam uretra zakarnya.

Beliau mengaku kerap memasukkan objek ke dalam bahagian sulitnya untuk kepuasan seksual dan sebelum ini tidak mempunyai masalah mengeluarkan objek tersebut.

Kali ini, bateri tersebut telah masuk lebih dalam di bahagian uretra zakar setelah beliau cuba berulang kali untuk mengeluarkannya tetapi gagal.

Tambah Encik Yanada, para doktor terkejut apabila mendapati bateri tersebut telah menyebabkan lapisan seperti tar hitam di dalam alat sulitnya disebabkan oleh pelepasan yang menghakis tisu secara berterusan.

Walaupun percubaan untuk mengeluarkan bateri dibuat, pesakit terbabit tidak dapat menahan kesakitan prosedur itu lalu ia ditangguhkan.

Pesakit itu kemudian diletakkan di bawah anestesia umum untuk mengeluarkan bateri itu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg