Premium
Zakir Naik mohon maaf
Aug 21, 2019 | 5:30 AM
ZAKIR NAIK: Memohon maaf susulan ucapannya yang didakwa menyinggung perasaan masyarakat bukan Islam di Malaysia. - Foto fail -
PETALING JAYA: Pendakwah Zakir Naik telah meminta maaf atas kenyataan kontroversinya tetapi menegaskan beliau tidak bersifat perkauman, sedang polis Malaysia mengatakan beliau sekarang dilarang menyampaikan ceramah awam di setiap negeri di Malaysia.
Ketua perhubungan Polis Diraja Malaysia, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Asmawati Ahmad, mengesahkan larangan itu berikutan kebocoran satu pekeliling yang dikeluarkan kepada semua ketua polis peringkat negeri.

