Topic followed successfully
Go to BHkuZamani: Saya tidak dipaksa menyanyi di lokap
Premium
Zamani: Saya tidak dipaksa menyanyi di lokap
Jan 27, 2015 | 5:30 AM
Zamani: Saya tidak dipaksa menyanyi di lokap
ZAMANI: Dengan rela hati menyanyi sebab diminta secara baik selepas anggota polis itu memberitahu mereka adalah peminat Slam. - Foto BHM -
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, yang dibebaskan dengan jaminan polis Sabtu lalu selepas ditahan berkaitan dadah, berkata beliau tidak dipaksa menyanyi ketika dalam lokap.
Zamani yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Kuala Lumpur, Rabu lalu setelah didapati positif dadah, menjelaskan beliau dengan rela hati menyanyi kerana diminta berbuat demikian secara baik selepas pegawai polis itu berkata mereka peminat Slam.

