Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zelensky adakan mesyuarat tergempar bincang referendum Russia

Oct 1, 2022 | 5:30 AM
PRESIDEN ZELENSKY: Anggap pungutan suara di empat wilayah Ukraine tidak sah. - Foto AFP
PRESIDEN ZELENSKY: Anggap pungutan suara di empat wilayah Ukraine tidak sah. - Foto AFP -

KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, akan mengadakan mesyuarat tergempar peringkat tinggi, dengan "keputusan penting" akan diambil selepas Russia merancang mengambil empat wilayah di Ukraine, seorang pegawai memberitahu kelmarin.

Kremlin mengatakan, Presiden Vladimir Putin akan menandatangani dokumen mengisytiharkan pengambilan rantau berkenaan dengan Russia telah menganjurkan apa yang disifatkan oleh Kyiv dan Barat sebagai pungutan suara palsu di wilayah Ukraine yang diduduki Russia.

Pejabat Presiden Zelensky berkata, majlis keselamatan dan pertahanan negara itu dijadual mengadakan mesyuarat semalam.

Encik Oleksiy Danilov, setiausaha majlis tersebut, berkata "penting dan saya percaya keputusan fundamental bagi negara kami" akan dibuat dalam mesyuarat itu.

Encik Damilov, yang bercakap di televisyen 1+1 Ukraine, bagaimanapun tidak memberikan butir lanjut.

Encik Zelensky telah beberapa kali mengatakan bahawa pungutan suara yang dimaksudkan itu tidak sah dan beliau menyuarakan amaran akan bertindak balas sekeras-kerasnya.

Majlis Keselamatan dan Pertahanan Negara itu, antara lain terdiri daripada ketua turus angkatan bersenjata, kementerian-kementerian pertahanan, ehwal luar dan perdana menteri serta Ketua Perkhidmatan Keselamatan Ukraine.

Majlis itu ditugaskan untuk bekerja dengan presiden bagi pembangunan dan penyelarasan dasar keselamatan negara. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg