Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Zelensky: Pendirian Ukraine, Russia di rundingan damai lebih realistik

Mar 17, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata semalam pendirian Ukraine dan Russia di rundingan damai lebih kedengaran realistik, kata agensi berita, Interfax Ukraine.



"Pertemuan berterusan. Saya diberitahu kedudukan semasa rundingan lebih realistik kedengarannya," kata beliau dalam satu ucapan yang dirakam dan disiarkan awal kelmarin kata agensi itu.



"Bagaimanapun, lebih banyak masa diperlukan untuk keputusan bagi kepentingan Ukraine," ujarnya.



Seorang pegawai kanan Ukraine berkata kelmarin, rundingan dengan Russia adalah sukar tetapi "ada ruang untuk bertolak-ansur", dan menambah rundingan diteruskan semalam.



Bandar Kyiv telah mengenakan perintah berkurung selama 36 jam mulai malam kelmarin ketika 'saat sukar lagi berbahaya' selepas serangan bertubi-tubi tentera Russia, kata Datuk Bandar, Encik Vitali Klitschko.



Pengumuman Encik Klitschko dibuat dalam satu kenyataan di platform Telegram, ketika Russia melancarkan serangan baru di ibu negara Ukraine itu, yang hampir dikepung tentera Moscow pada minggu ketiga pencerobohan.



"Hari ini (kelmarin) adalah saat yang sukar dan berbahaya, inilah sebabnya saya meminta semua warga Kyiv bersiap sedia tinggal di rumah selama dua hari atau jika siren berbunyi, di tempat perlindungan," katanya, yang juga bekas juara tinju.



Beliau berkata, perintah berkurung bermula jam 8 malam (1800 GMT) hari ini sehingga 7 malam (1700 GMT) hari ini, dibuat atas arahan tentera.



Arahan itu dikeluarkan ketika Perdana Menteri Poland, Republik Czech dan Slovenia sedang dalam perjalanan ke Kyiv dengan keretapi bagi siri lawatan pertama pemimpin asing ke ibu negara itu.



"Pergerakan di sekitar Kyiv tanpa permit khas adalah dilarang, dengan kebenaran hanya untuk tujuan mahu ke pusat perlindungan," katanya.



Kyiv mengenakan perintah berkurung yang sama pada 26 Februari lalu sejurus selepas Moscow memulakan serangan.



Duta Moscow ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dalam pada itu, kelmarin menggesa Majlis Keselamatan mengundi resolusi dirangka mengenai situasi kemanusiaan yang semakin buruk di Ukraine.



Duta Russia ke PBB, Encik Vasily Nebenzia, berkata beliau kesal kerana Perancis dan Mexico memilih untuk tidak membentangkan draf resolusi mengenai bantuan kemanusiaan kepada Majlis Keselamatan dan Moscow akan mengemukakan 'draf persendirian' untuk undian.



"Kami akan mengemukakan draf kami sendiri yang bersifat kemanusiaan," kata Nebenzia.



Timbalannya, Encik Dmitry Polyanskiy, pada mulanya memberitahu AFP bahawa Russia akan meminta undian pada teks itu diadakan hari ini, namun seorang diplomat Barat kemudian berkata ia sudah ditangguhkan hingga esok, selepas Moscow meminta lebih banyak masa untuk 'berunding'.



Encik Nebenzia turut menekankan bahawa sejak Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, memberikan prospek resolusi Majlis Keselamatan, Russia berkata mereka bersedia untuk menerima pakai salah satunya dengan syarat ia tidak disertai dengan 'bahasa politik'. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >