Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zelensky rayu nasib rakyat Ukraine kepada pemimpin dunia

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Sebagai pelawak profesional sehingga tiga tahun lalu, Encik Volodymyr Zelensky, tahu cara menyesuaikan bahannya bagi penonton yang berbeza.



Sebagai presiden sebuah negara yang sedang berperang, beliau menggunakan kemahiran itu untuk memberi kesan besar semasa 'jelajah maya dunianya', memberi inspirasi kepada pendengarnya.



Dipancarkan ke skrin raksasa dalam Parlimen Jepun dan, kemudian dewan rakyat Perancis kelmarin, presiden Ukraine itu mengaitkan penggubal undang-undang dua negara itu dengan nasib Ukraine, dengan memainkan sejarah dan imej negara mereka sendiri.



Bagi kebanyakan pemimpin, peluang berucap di parlimen demokrasi negara lain adalah satu penghormatan yang mungkin didapatkan sekali dalam seumur hidup, jika ada.



Encik Zelensky mendapat tepukan gemuruh walaupun di Berlin, dengan beliau memberi kritikan tajam, mengaitkan rasa bersalah Jerman semasa Perang Dunia Kedua sedang beliau meminta Parlimen Jerman untuk berhenti meletakkan kepentingan perniagaan ke atas kehidupan Ukraine supaya tidak lagi "perlu berasa malu suatu hari nanti."



Dengan kekuatan tentera yang jauh lebih kecil berbanding tentera Russia, satu-satunya arena di mana Ukraine jelas menang adalah 'perang maklumat'.



Ini ekoran 'jelajah maya dunia' Encik Zelensky dan rayuan beliau terhadap masyarakat dunia.



Sehingga Selasa lalu, sedang beliau menyesuaikan penampilan mayanya dengan bercakap kepada negaranya sendiri dan pemimpin negara lain, mengetuai usaha perang selain terus hidup di bawah pengeboman berterusan Russia dan dakwaan cubaan pembunuhan, beliau kelihatan 'letih'.



"Zelensky pandai mengeksploitasi - dan saya tidak bermaksud dalam erti kata negatif - hakikatnya adalah pendengar menyokong Ukraine," Encik Alastair Campbell, mantan ketua perhubungan bekas Perdana Menteri Britain, Encik Tony Blair.



"Jadi sebahagian pesanannya ialah, terima kasih kerana menyokong kami, tetapi kami mahu anda melakukan lebih banyak lagi."



Keseimbangan antara rasa terima kasih dan kritikan itu sukar dicapai, tetapi dibantu oleh apa yang dilihat Encik Campbell sebagai kemampuan Encik Zelensky yang luar biasa - bagi seorang ahli politik - untuk dilihat sebagai seorang pemimpin tulen.



Ada kalanya rayuannya mempunyai kesan langsung.



Beberapa jam selepas ucapan Encik Zelensky kepada Kongres Amerika Syarikat, Presiden Joe Biden mengumumkan tambahan AS$800 juta ($1.09 bilion) pakej bantuan pada Ukraine termasuk senjata dron, serta ribuan senjata antikereta kebal dan antipesawat.



Sehari selepas beliau berucap di Parlimen Britain, Setiausaha Pertahanan Britain, Encik Ben Wallace, berkata negaranya akan menghantar Kyiv tambahan 1,615 peluru berpandu antikereta kebal NLAW.



Pada setiap ucapan di negara asing, mesej teras Encik Zelensky adalah sama, dengan apa yang beliau mahukan "lakukan lebih" seperti sekatan lebih keras ke atas Russia dan sama ada mengenakan zon larangan terbang, atau menyediakan cara buat Ukraine melakukannya sendiri langkah itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >