Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ziarah Ahmad Zahid di hospital

Aug 26, 2021 | 5:30 AM
DIZIARAHI PERDANA MENTERI: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi di sebuah hospital swasta di Shah Alam semalam. Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menulis di Facebook beliau "seronok melihat hubungan kasih sayang dan kemesraan dua sahabat baik" itu. - Foto FACEBOOK/ ASYRAF WAJDI DUSUKI
DIZIARAHI PERDANA MENTERI: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi di sebuah hospital swasta di Shah Alam semalam. Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menulis di Facebook beliau "seronok melihat hubungan kasih sayang dan kemesraan dua sahabat baik" itu. - Foto FACEBOOK/ ASYRAF WAJDI DUSUKI -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menziarahi presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di sebuah hospital swasta di Shah Alam semalam (atas).

Berita itu dikongsi oleh seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan, sambil beliau mendoakan agar Datuk Ahmad Zahid sembuh.

"PM (Perdana Menteri) melawat DS (Datuk Seri) Zahid malam ini. Semoga Presiden Umno kembali sihat dengan izin Allah," katanya di media sosial. Beliau memuat naik dua gambar dalam pos itu.

Datuk Ahmad Zahid kelmarin tidak boleh menghadiri perbicaraan kes rasuahnya yang melibatkan dana Yayasan Akalbudi setelah dimasukkan di hospital kerana sakit belakang.

Datuk Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk yang berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkongsi kegembiraannya melihat hubungan baik antara presiden dan naib presiden Umno itu.

Datuk Asyraf Wajdi turut berkongsi gambar dua pemimpin itu. - BHM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg