Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zon tempat Kedutaan AS di Iraq jadi sasaran serangan roket

Feb 24, 2021 | 05:30 AM



BAGHDAD: Satu serangan kelmarin menyaksikan beberapa roket menyasarkan zon keselamatan tinggi di ibu kota Iraq yang menjadi tempat Kedutaan Amerika Syarikat, kata sumber tentera dan pihak keselamatan.



Serangan itu adalah yang ketiga dalam tempoh seminggu yang menyasarkan kedudukan diplomatik, ketenteraan atau komersial Barat di serata Iraq setelah beberapa bulan tiada berlaku sebarang serangan.



Sekurang-kurangnya dua roket meledak di perimeter Zon Hijau, tempat Kedutaan Amerika dan kedutaan asing lain berada, menurut satu kenyataan khidmat keselamatan Iraq.



Satu sumber keselamatan memberitahu agensi berita AFP bahawa sekurang-kurangnya satu roket meletup di ibu pejabat Perkhidmatan Keselamatan Nasional Iraq, berhampiran Kedutaan Amerika.



Roket lain meletup di kawasan kediaman berdekatan, termasuk kompleks tempat letak kereta bertingkat di kejiranan Harithiya, kata seorang saksi kepada AFP.



Serangan itu berlaku selepas serangan seminggu lalu apabila lebih sedozen roket disasarkan terhadap kawasan kompleks tentera di lapangan terbang Arbil di utara Iraq - kawasan yang menempatkan pasukan tentera asing daripada gabungan yang dipimpin Amerika yang membantu Iraq memerangi kumpulan pengganas ISIS sejak 2014.



Dalam serangan tersebut dua orang terbunuh, termasuk seorang kontraktor asing yang beribu pejabat di lapangan terbang itu, yang terkorban serta-merta, dan seorang awam yang meninggal dunia kemudiannya akibat kecederaan.



Sabtu lalu, satu lagi serangan beberapa roket berlaku di pangkalan udara Al-Balad di utara Baghdad, tempat Iraq menyimpan sebilangan besar pesawat F-16 yang dibelinya daripada Amerika dalam beberapa tahun kebelakangan ini.



Dalam serangan itu, sumber keselamatan mengatakan sekurang-kurangnya seorang kontraktor tempatan bagi syarikat Sallyport, syarikat Amerika yang menyelia pesawat itu, cedera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >