Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Anak syarikat Pergas beli bangunan $28.8j

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Anak syarikat Pergas beli bangunan $28.8j

Bangunan Fragrance di Changi Road sebelum ini dimiliki syarikat pemaju hartanah, dibeli pada Disember lalu
Feb 01, 2020 | 05:30 AM



SYARIKAT milik penuh Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Pergas Investment Holdings (PIH), telah membeli sebuah bangunan pegangan bebas lima tingkat, Fragrance Building, di 168 Changi Road, pada harga pasaran sebanyak $28.8 juta Disember lalu.



Bangunan itu sebelum ini dimiliki syarikat pemaju hartanah disenaraikan di Bursa Singapura (SGX), Fragrance Group yang membangunkan hartanah hotel dan kondominium di sini dan luar negara.



Bangunan seluas 17,986 kaki persegi itu sudah mempunyai penyewa ketika ini dan akan terus disewakan bagi menjana pendapatan sewa yang dianggarkan $52,000 sebulan.



Ketika ini, penyewa utama bangunan Fragrance itu merupakan syarikat keselamatan yang menyewa tiga tingkat dan bakinya merupakan tadika, sebuah pusat pendidikan dan kafe.



Mendedahkan kepada Berita Harian (BH), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PIH dan Pergas, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff. berkata:"Pembelian hartanah di bangunan Fragrance adalah bagi tujuan pelaburan jangka panjang dan usaha sama dengan badan-badan Islam yang berminat untuk bekerjasama.''



"Hasil dari pelaburan ini diharapkan dapat membantu menjana kewangan bagi menjalankan program pembangunan asatizah dan kepimpinan agama Pergas buat masyarakat.''



Pembelian bangunan itu akan dibiayai sebahagiannya dari hasil penjualan aset lima buah unit rumah kedai di Joo Chiat Road yang dianggarkan sebanyak $15 juta pada Februari tahun lalu selepas menolak kos pembelian pada 2003.



Unit-unit itu termasuk No 142, 144, 146, 148 dan 150 di Joo Chiat Road.



Sebanyak tujuh unit rumah kedai telah dibeli dengan harga $4.2 juta pada tahun 2003, dengan sebahagian dari pembiayaannya hasil dari sumbangan ihsan masyarakat Islam dan institusi Islam setempat tetapi dua daripada unit itu dijual pada 2008 dengan harga $1.3 juta.



PIH akan juga membiayai pembelian hasil pendapatan sewa, pinjaman bank berlandaskan Syariah dan pelaburan badan-badan Islam dan usahawan yang berminat.



Beberapa badan Islam secara prinsipnya telah menyatakan minat dan sokongan mereka untuk turut serta dalam projek pelaburan hartanah yang diterajui oleh Pergas ini.



"Pulangan daripada penjanaan modal yang dilaburkan akan disalurkan kembali kepada masyarakat melalui program dan projek yang diusahakan oleh badan-badan Islam ini. Secara tidak langsung, ia dapat membantu aspirasi badan-badan Islam yang lain juga seperti mendapatkan hartanah mereka sendiri sebagai ibu pejabat bagi kegiatan operasi harian untuk kegunaan jangka panjang mereka,'' jelasnya.



Ustaz Yusri menambah bahawa ibu pejabat Pergas di Wisma Indah masih akan dikekalkan buat masa ini.



PIH masih lagi dalam proses mengenalpasti dan menilai hartanah yang bersesuaian untuk dijadikan ibu pejabat Pergas.



Ia bukan sahaja bakal berfungsi sebagai pusat operasi Pergas, bahkan bakal menempatkan ruangan bagi latihan dan urusan pembangunan asatizah, pendampingan dakwah dan pendidikan Islam buat masyarakat Islam Singapura, tambah Ustaz Yusri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >