Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Bank of Singapore beli perniagaan pengurusan kekayaan dan pelaburan Barclays

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Bank of Singapore beli perniagaan pengurusan kekayaan dan pelaburan Barclays

Nov 28, 2016 | 09:20 AM

BANK of Singapore (BoS) mengumumkan pada Isnin (28 Nov) ia telah menyelesaikan pengambilalihan perniagaan pengurusan kekayaan dan pelaburan Barclays di Singapura dan Hong Kong.

Pembelian itu bernilai AS$227.5 juta ($324.5 juta), 29 peratus di bawah anggaran awal, selepas jumlah aset yang dipindahkan jatuh. Harga akhir berdasarkan 1.75 peratus aset Barclays yang bernilai AS$13 bilion yang dipindahkan ke cabang perbankan peribadi OCBC itu, menurut satu makluman kepada Bursa Singapura.

Selain itu, lebih 60 banker telah ditambah kepada kekuatan BoS.

Perjanjian itu akan mengembangkan asas aset BoS kepada lebih $75 bilion, membolehkan ia bersaing pada asas lebih sama rata di Asia dengan pesaing lebih besar, termasuk DBS Group Holdings dan UBS Group, lapor Bloomberg.

BoS ditubuhkan pada 2010 daripada gabungan bekas perniagaan ING Asia Private Bank dan perniagaan Perbankan Peribadi OCBC.

Ia mengembangkan aset di bawah pengurusannya (AUM) daripada AS$22 bilion kepada AS$62 bilion pada September 2016, dengan memanfaatkan keupayaan pelaburannya yang kukuh serta perancangan kekayaan dan khidmat nasihat premium yang disokong oleh salah satu pasukan penyelidikan terbesar di Asia.

"Pasukan Barclays... telah berkongsi dengan kami bahawa pelanggan mereka lebih daripada yakin pada keupayaan dan kecekapan Bank of Singapore," kata Encik Bahren Shaari, ketua pegawai eksekutif BoS.

"Pengambilalihan ini datang pada waktu sesuai sedang Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) dijangka mengambil alih Eropah Barat sebagai rantau kedua paling kaya pada 2017."

Kekuatan baru itu, yang diketuai Encik Bahren, dijangka membawa BoS ke peringkat pertumbuhan seterusnya dengan asas AUM yang kuat lebih AS$75 bilion dan sebuah pasukan terdiri daripada lebih 1,800 pekerja.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3