Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Ujian getir syarikat pengeluar makanan

Apr 23, 2020 | 10:35 AM
UJIAN GETIR: Syarikat pengeluar makanan setempat hadapi cabaran besar akibat penularan koronavirus susulan arahan menutup operasi dan tempoh pemutus litar dilanjutkan sehingga 1 Jun ini.
UJIAN GETIR: Syarikat pengeluar makanan setempat hadapi cabaran besar akibat penularan koronavirus susulan arahan menutup operasi dan tempoh pemutus litar dilanjutkan sehingga 1 Jun ini. - Fail

SYARIKAT-SYARIKAT pengeluaran makanan tempatan menghadapi ujian getir susulan arahan penutupan bagi membendung penularan Covid-19.

Akibat arahan itu ia menghadapi penutupan serta-merta, gangguan bekalan dan masalah pengaliran tunai dari pelbagai pihak, lapor akhbar The Business Times hari ini.

Beberapa syarikat pengeluar makanan, yang cuba menampung keadaan, terpaksa menghentikan operasi dalam tempoh beberapa jam sahaja selepas arahan penutupan dibuat pada malam kelmarin, termasuk memperketat senarai khidmat genting yang dibenarkan beroperasi, selain lanjutan tempoh pemutus litar sehingga 1 Jun ini.

Sebagai contoh, syarikat yang menghasilkan coklat dan produk coklat, kentang hiris goreng, keropok dan aiskrim tidak lagi dibenarkan beroperasi.

Syarikat pengeluar aiskrim jenama Udders, yang menghasilkan dan mengeksport aiskrimnya itu, juga telah menghentikan pengeluaran dan operasi runcit.

Syarikat pengeluar makanan juga hadapi tekanan dalam soal pengaliran tunai disebabkan penangguhan pembayaran daripada pelanggan mereka.

Biro Kredit Komersial Singapura melaporkan bahawa jumlah pembayaran lambat dalam sektor itu telah meningkat ke 41.34 peratus bagi suku pertama tahun ini, tertinggi dalam masa tiga tahun.

Ini selepas pengusaha F&B terkapai-kapai, termasuk rantaian yang besar, telah meminta syarikat pengeluar makanan memberi potongan harga dari 20 hingga 50 peratus selain tempoh kredit dilanjutkan sehingga 90 hari.

Overall, the virus pandemic therefore seems to be posing a rare test to the food-manufacturing sector, which has been rather resilient over the years - even following previous crises such as Sars in 2003 and the global financial meltdown of 2008.

Based on official records, the value added from food, beverage and tobacco manufacturing in 2004 (the year following the Sars outbreak) was S$1.28 billion, a roughly 21 per cent increase from the preceding year.

In 2009, the year following the global financial crisis, the industry's value-added also went up: It clocked S$2.11 billion, about 24 per cent more than the previous year.

Beberapa syarikat pengeluar makanan telah mengambil langkah mengurangkan kos seperti api-air; sedang ada mohon pinjaman bank untuk membantu mereka 'bernafas' dalam tempoh ini.

Namun, mereka ingin mengekalkan pekerja, dan berkata, sokongan pemerintah seperti Skim Sokongan Pekerjaan, pengecualian levi pekerja asing dan rebat, akan membantu meskipun tidak benar-benar menangani kesan yang dihadapi.

Apatah lagi kos bagi penghantaran kargo menerusi udara dan laut telah meningkat tinggi kerana syarikat penerbangan dan perkapalan telah mengurangkan sumber daya, di samping kos import, kata Presiden Persatuan Pengilang Makanan Singapura (SFMA), Encik David Tan, yang juga pengarah urusan Par International Holdings, sebuah syarikat pemborong keperluan harian.

Kata Encik Tan: "Kami harap pemerintah boleh menyalurkan bantuan kewangan secepat mungkin demi memastikan syarikat pengeluaran boleh terus mengekalkan perniagaan mereka."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg