Topic followed successfully
Go to BHkuEksekutif kongsi pengalaman dalam industri maritim
Premium
Eksekutif kongsi pengalaman dalam industri maritim
Walaupun sektor maritim kian terkesan oleh kelembapan ekonomi setempat dan sejagat ketika ini, tetapi tetap ada prospek jangka panjang dan masa depan yang positif. Ini sebabnya Singapura terus membina daya ketahanan sektor itu, termasuk melahirkan modal insan berkebolehan dan prasarana sebagai persiapan menghadapi waktu lebih cerah. ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg) meninjau.
Aug 24, 2016 | 5:30 AM
Eksekutif kongsi pengalaman dalam industri maritim

TERUS OPTIMIS: Encik Muhammad Hazreen, yang sebahagian tugasnya juga perlu turun ke laut, yakin industri maritim membuka banyak peluang kerja bagi anak muda sepertinya. - Foto ihsan MUHAMMAD HAZREEN -
WALAUPUN ekonomi negara sedang tumbuh lebih perlahan, masih ada segmen dalam industri maritim yang boleh menyediakan pekerjaan yang baik kepada warga setempat bagi masa depan.
Memberikan pandangan itu dalam sesi Dialog Maritim Singapura, Eksekutif syarikat Penyewaan - Operasi Aurora Tankers Management, Encik Muhammad Hazreen Mohd Haffis, berkata bidang seperti pengangkutan gas dan undang-undang perkapalan menawarkan potensi pekerjaan yang positif.

