Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Eksport bukan minyak S'pura naik 15.2 peratus dalam suku pertama

May 25, 2017 | 12:21 PM
b99923ec-f83b-442a-8ccd-7d5e9bc42624
- GAMBAR FAIL ST

EKSPORT domestik bukan minyak Singapura (NODX) melonjak 15.2 peratus bagi tempoh Januari-Mac tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kenaikan tersebut didorong oleh peningkatan eksport kededua produk elektronik dan bukan elektronik.

Justeru, pemerintah telah meningkatkan sedikit ramalan NODX Singapura kepada 4 hingga 6 peratus tahun ini, lebih tinggi daripada ramalan sebelumnya, iaitu 5 hingga 5.5 peratus, kata International Enterprise (IE) Singapore hari ini semasa mengumumkan perangkaan perdagangan terkini Singapura.

"Prospek ekonomi global dan perdagangan telah meningkat sejak awal 2017, meskipun terdapat keadaan tidak menentu berhubung pembangunan ekonomi dan dasar bagi tempoh terdekat ini," kata IE Singapore.

Menurutnya, momentum perdagangan global mula kukuh sejak suku keempat 2016. - ST

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg