Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Fasa pertama daya digital Kampong Gelam dilancar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Fasa pertama daya digital Kampong Gelam dilancar

Jul 21, 2018 | 05:30 AM



KEDAI minyak wangi Jamal Kazura Aromatics dan kafe Tish Tash Tosh merupakan antara 150 peniaga di kawasan Kampong Gelam yang menyertai fasa pertama bagi menjadikan Kampong Gelam sebuah kawasan runcit pertama yang berdaya digital di Singapura.



Dalam pelancaran fasa pertama itu, lima inisiatif digital yang akan memanfaatkan pengunjung seperti penggunaan pembayaran elektronik GrabPay, penyenaraian syarikat-syarikat dalam peta digital di Google Map hasil kerjasama dengan para pelajar dari Politeknik Temasek serta penggunaan aplikasi bimbit, Locomole, bagi mencari lokasi kedai secara langsung dengan kemudahan realiti maya tambahan.



Setelah membeli-belah, pengunjung juga boleh menggunakan khidmat penghantaran langsung ditawarkan peniaga melalui aplikasi logistik bimbit ditawarkan firma Riverwood Integrated Logistics Solutions.



Bagi menjadikan operasi kedai agar menjadi lebih berkesan, sistem penjualan bersepadu (POS) disediakan StarHub membolehkan peniaga menguruskan pengurusan inventori, akaun dan hubungan pelanggan dalam satu sistem.



Inisiatif rombakan digital diusahakan oleh Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA), Enterprise Singapore (ESG), Persatuan One Kampong Gelam (OKG) dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).



Di pelancarannya semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan S. Iswaran berkata: "Inisiatif ini amat penting kerana ia merupakan satu simbol mengenai apa yang kita ingin lakukan secara digital di Singapura agar kita menjadi lebih berdaya saing, meningkatkan daya penghasilan dan memudahkan kita menembusi pasaran.''



Oleh kerana kepentingan projek itu, beliau berkata Anggota Parlimen (GRC Jalan Besar) dan mantan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim telah dilantik sebagai penasihat khas bagi projek rombakan digital Kampong Gelam.



Ketika ditemui semalam, Dr Yaacob berkata: "Bagi masyarakat Melayu/Islam, ini merupakan daerah penting bagi kita kerana ia penuh bersejarah. Harapan saya agar penggunaan aplikasi digital yang dilaksanakan akan dapat menghidupkan lagi Kampong Gelam serta membantu meningkatkan perniagaan peniaga melaksanakan huraian digital.''



Pemilik kafe Tash Tish Tosh, Encik Wahid Spyke Allapitchay berkata sistem penjualan bersepadu (POS) disediakan StarHub meningkatkan daya penghasilannya.



"Sekarang tidak kira di mana saya berada baik di rumah atau pun di luar negara, saya akan mengetahui maklumat seperti berapa orang pelanggan yang datang, apa yang mereka tempah dan berapa penjualan saya setiap hari.



"Pekerja saya juga senang hati kerana mereka dapat melayan pelanggan dengan lebih baik kerana tempahan tidak perlu dibuat secara manual. Sebaliknya, tempahan makanan dilakukan secara digital yang langsung diketahui cef di dapur,'' katanya, yang ditemui di kafenya di Kandahar Street.



Pengerusi OKG, Encik Saeid Labbafi berharap seramai 200 peniaga akan turut serta setelah fasa kedua diperkenalkan tahun depan.



Antara inisiatif ingin diperkenalkan dalam tahap kedua termasuk e-dagangan, papan tanda digital dan wi-fi luar bangunan.



Beliau berharap peniaga yang menyertai rombakan digital itu akan menyaksikan 40-50 peratus perniagaan mereka bertambah baik dari segi jumlah pelawat.



Semalam, satu memorandum hasrat (MOI) ditandatangani antara Politeknik Temasek, OKG dan IMDA bagi mengenal-pasti dan membangunkan lebih banyak projek melibatkan pelajar Politeknik Temasek dalam rombakan digital itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >