Topik diikuti
Pergi ke BHkuFirma produk pencuci Perancis dapat sijil halal
Langkah seterusnya tembusi pasaran antarabangsa
Apr 24, 2015 | 5:30 AM
Firma produk pencuci Perancis dapat sijil halal
APABILA syarikat berbilang negara (MNC) dari Perancis, Orapi Applied (S) Pte Ltd, mendapat sijil halal bagi beberapa produk pencuci di Singapura, timbul persoalan mengapa langkah itu diambil.
Tetapi, bagi Pengarah Urusan Orapi, Encik Fabrice Chifflot, keputusan itu diambil memandangkan permintaan besar yang diterima daripada syarikat yang memerlukan cecair pencuci halal bukan sahaja di Singapura malah luar negara.