Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

First Lady akan labuh tirai di aras satu TKC selepas 36 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

First Lady akan labuh tirai di aras satu TKC selepas 36 tahun

Dengan penutupan itu First Lady akan hanya ada butik terakhir S'pura di tingkat dua TKC
Nov 19, 2019 | 05:30 AM



SETELAH beroperasi selama 36 tahun, Second Chance Properties Ltd (SCP) akan menutup butik First Lady di tingkat satu Tanjong Katong Complex (TKC) akhir bulan depan.



Penutupan itu bermakna First Lady akan hanya mempunyai sebuah butik sahaja di tingkat dua pusat beli-belah itu.



Langkah itu terpaksa diambil disebabkan permintaan pakaian yang berkurangan sedang trend lebih menuju ke arah pembelian dalam talian di samping sekitaran runcit yang muram.



Mendedahkan demikian kepada Berita Harian (BH), ketua pegawai eksekutif (CEO) SCP, Encik Salleh Marican berkata:



"Penjualan First Lady merosot hampir setiap tahun. Dari terus menghadapi kemerosotan, baik saya tutup sahaja operasi tingkat satu. Lagi pun, sewa kedai itu sepatutnya diperbaru selepas ia tamat tempoh 31 Disember ini."



Dalam tempoh penjualan yang baik, penjualan First Lady pernah mencapai lebih $5 juta tetapi bagi tahun kewangan lalu, ia susut mencapai $1.8 juta.



"Kalau ia terus-menerus merosot, saya pasti ia akan menghadapi kerugian. Dari ia 'tenat', baik saya ambil tindakan," ujar usahawan mapan, yang memang pantas mengambil tindakan jika perniagaannya tidak kena.



Menyusuli penutupan ini, lima pekerjanya akan dikekalkan manakala empat lain diberhentikan, menurut beliau.



Semasa beliau menyewakan kedai itu di tingkat satu, ia digunakan bagi menjual pakaian baju lelaki Second Chance sebelum diubah menjadi First Lady.



Kini, syarikat itu sedang mengadakan jualan murah bagi menghabiskan stok First Lady.



Baru-baru ini, SCP mengumumkan keuntungan bersihnya menjunam hampir 40 peratus mencapai $4.75 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos tahun ini, berbanding $7.91 juta bagi tahun kewangan lalu.



Paling teruk terjejas ialah pendapatan First Lady yang susut kepada $4.99 juta, dari $5.40 juta bagi tahun kewangan lalu.



Dari $4.99 juta, perniagaan pakaian First Lady di Malaysia menyumbang $3.04 juta atau 61 peratus daripada keseluruhan pendapatan First Lady.



Di Malaysia, SCP juga telah menutup kesemua kedai First Lady kecuali satu gedung utamanya yang terletak di bangunan 10 tingkat milik SCP di kawasan Masjid India di Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur.



"Persaingan yang sengit dan trend pembelian dalam talian disebabkan perubahan pilihan pengguna menyumbang kepada kemerosotan pendapatan dalam perniagaan pakaian," tambah Encik Salleh.



Tahun lalu, SCP menutup lapan butik First Lady di merata Malaysia seperti Johor dan Kuala Lumpur (KL) - jauh berbeza dari lima tahun lalu apabila jumlah butik First Lady mencapai 48 butik di negara itu.



Kesemua pendapatan bagi segmen perniagaannya termasuk emas Golden Chance, hartanah dan sekuriti susut.



Namun, keuntungan perniagaan emas meningkat dari $1.86 juta kepada $2.23 juta disebabkan kenaikan harga emas.



Sementara itu, SCP berkata pendapatan segmen hartanah juga susut 1.82 peratus mencapai $6.46 juta bagi tahun kewangan yang baru berlalu, berbanding $6.58 juta bagi tahun kewangan setahun lalu.



"Buat masa ini, kami sedang menunggu masa yang sesuai seperti kemelesetan untuk membeli lebih banyak hartanah," tambah Encik Salleh.




"Penjualan First Lady merosot hampir setiap tahun. Dari terus menghadapi kemerosotan, baik saya tutup sahaja operasi tingkat satu. Lagi pun, sewa kedai itu sepatutnya diperbaru selepas ia tamat tempoh 31 Disember ini...Kalau ia terus-menerus merosot, saya pasti ia akan menghadapi kerugian. Dari ia ‘tenat’, baik saya ambil tindakan.”
- Ketua pegawai eksekutif (CEO) SCP, Encik Salleh Marican.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >