Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Guna geran untuk tingkatkan khidmat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIRI MEMPERSIAP BAGI EKONOMI BARU

Guna geran untuk tingkatkan khidmat

Mar 04, 2018 | 05:30 AM



WALAUPUN sudah bertapak sekian lama dan namanya dikenali dalam persada pendidikan di Singapura, firma Julia Gabriel Education tidak pernah berpuas hati.



Firma itu sentiasa memikirkan cara untuk terus meningkatkan mutu khidmat di tengah-tengah sekitaran persaingan sengit.



Memanfaatkan Geran Pembangunan Keupayaan (CDG) yang diuruskan agensi pemerintah Spring Singapore, firma itu melaksanakan projek mendapat pertauliahan Kecemerlangan Khidmat dan Kecemerlangan Perniagaan sehingga berjaya mendapat Singapore Service Class (S-Class).



CDG, sebuah program bantuan kewangan yang membantu firma setempat meningkatkan keupayaan dalam bidang-bidang seperti piawaian khidmat, melaksanakan teknologi bagi melatih kakitangan dan meluaskan perniagaan ke luar negara.



Selepas mendapat pentauliahan itu, firma itu mendapati tahap kepuasan pelanggan menjulang mencapai 94 peratus dari 50 peratus.



Malah, firma itu mendapati jangka masa bagi menghuraikan pertanyaan pelanggan semakin berkurangan sebanyak 20 peratus.



"Apabila Julia Gabriel Education dimulakan pada 1990, persaingan tidak banyak. Tetapi, saban tahun, lebih banyak firma pendidikan yang menawarkan kelas pengayaan bagi kanak-kanak wujud. Jangkaan ibu bapa juga semakin tinggi.



"Kita tidak boleh duduk diam dan perlu memikirkan cara meningkatkan jenama kami dan mutu khidmat,'' kata Pengarah Kewangan dan Khidmat Korporat Julia Gabriel Education, Cik Noraini Rizman Ali, 46 tahun, seorang lulusan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) yang menyertai Julia Gabriel Education sebagai seorang penolong akaun 25 tahun lalu tetapi dinaikkan pangkat sehingga menjadi Pengarah Kewangan dan Khidmat Korporat sejak 2011.



Sebagai seorang pengarah, beliau bertanggungjawab menjaga keseluruhan kewangan dan khidmat korporat termasuk fungsi teknologi maklumat (IT) dan tenaga manusia (HR) bagi keseluruhan operasi Julia Gabriel Education di Singapura.



Julia Gabriel Education, yang diasaskan oleh seorang warga British dan penduduk tetap Singapura (PR) Cik Julia Gabriel, dan suaminya, menawarkan kelas pengayaan Bahasa Inggeris seperti komunikasi dan drama dari bayi berusia enam bulan hingga dewasa di dua cawangannya di Forum, Orchard Road dan Tampines Central 5.



Firma itu juga memiliki lima tadika Chiltern House dan sebuah tadika Bahasa Mandarin dan sebuah kelas pengayaan Bahasa Mandarin, Chengzhu. Di luar negara, Julia Gabriel Education memiliki lima enam pusat Julia Gabriel dan Chiltern House di Kuala Lumpur, Jakarta dan China.



"Satu bidang yang kami rasa penting ialah membaiki khidmat pelanggan. Misalnya, kami ingin membaiki cara kami bercakap dengan pelanggan, sepantas masa kami dapat menjawab pertanyaan pelanggan dan bagaimana menangani pelanggan yang sukar,'' ujar Cik Noraini yang turut terlibat dalam meninjau setiap prosedur operasi bagi mendapat S-Class itu.



Seramai 26 kakitangan kanan firma itu menjalani latihan dengan sebuah firma rundingcara yang membimbing firma itu. Selepas menjalani latihan, kakitangan itu membimbing kakitangan Julia Gabriel Education yang lain demi memastikan mutu perkhidmatan yang diinginkan dapat disemai.



"Untuk menilai mutu khidmat kami, satu audit misteri dilakukan apabila firma itu menghantar seorang pelanggan 'misteri' yang datang ke pusat kami dan seorang pelanggan lain pula menelefon pusat kami untuk menentukan bagaimana kakitangan kami melayan pelanggan itu,'' katanya.



Selepas melaksanakan projek itu lebih satu setengah tahun, Julia Gabriel Education melihat tahap kepuasan pelanggan meningkat kepada 94 peratus dari 50 peratus.



Bagi pelanggan yang ingin mengemukakan pertanyaan atau aduan, mereka boleh memberikan maklum balas secara peribadi atau melalui laman, lantas membantu mengurangkan tempoh masa menjawab pertanyaan pelanggan sebanyak 20 peratus, kata Cik Noraini.



Dengan mutu khidmat bertambah baik, Julia Gabriel Education berharap ia dapat menarik lebih ramai pelanggan demi mengukuhkan perniagaan itu di sini.



  • Laporan ini dibawakan oleh Majlis Ekonomi Masa Hadapan.

INFOGRAFIK: RANCANG, MULA dan BERKEMBANG




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >