Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Manfaatkan teknologi, inovasi untuk kembangkan niaga 'you tiao' keluarga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIRI MEMPERSIAP BAGI EKONOMI BARU

Manfaatkan teknologi, inovasi untuk kembangkan niaga 'you tiao' keluarga

Jan 05, 2020 | 05:30 AM



DARIPADA penggerai kepada pengilang.



Wawasan ini menjadi pegangan Cik Audrey Chew apabila beliau memutuskan untuk mengembangkan perniagaan keluarganya.



Dengan memanfaatkan teknologi dan inovasi, syarikat keluarganya You Tiao Man, dapat meluaskan perniagaannya daripada sekadar menjual makanan tradisional you tiao di pusat penjaja, kepada pembekal you tiao halal kepada pelanggan korporat seperti hotel, syarikat penerbangan dan restoran.



Ini setelah Cik Chew meninggalkan kerjaya dalam dunia korporat selama 10 tahun sebagai seorang pedagang komoditi, untuk meneruskan perniagaan keluarganya itu.



Harapan Cik Chew, 35 tahun, menceburi bidang tersebut adalah demi memelihara warisan makanan yang sudah lama diperjuangkan oleh bapanya.



Sejak 1960-an, bapa dan keluarganya telah menjual you tiao di sebuah gerai penjaja di Toa Payoh hingga menerima ramai pelanggan hingga ke hari ini.



Namun lama-kelamaan, Cik Chew sedar betapa besar potensi perniagaan itu kerana terdapat banyak jurang dalam pasaran.



Berbekalkan semangat keusahawanan dan keinginan mengekalkan warisan perniagaan keluarganya, Cik Chew tekadkan hati dan membuka sebuah kilang pengeluaran you tiao di Mandai Link.



Ini meskipun, ibu seorang anak itu mempunyai sifar pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengilangan makanan.



Semasa ditemui di kilangnya, lulusan universiti dalam bidang pentadbiran perniagaan itu menjelaskan:



"Saya sedar bahawa keluarga saya memiliki produk yang sangat baik berbanding dengan apa yang ditawarkan dalam pasaran hari ini.



"Saya juga tahu keluarga saya telah bekerja keras untuk mengendalikan gerai dan produk kami yang sedia ada.



"Meskipun ada permintaan tinggi, tetapi disebabkan proses membuatnya sangat manual di gerai, ini bermakna tahap pengeluaran kami memanglah rendah.



"Justeru, pada masa itu saya baru berhenti kerja selepas bertugas di China selama lima tahun dan saya sudah bersedia mencuba sesuatu yang baru dalam hidup saya.



"Didorong azam untuk membawa perniagaan ini ke tahap lebih tinggi, di samping wawasan untuk memelihara warisan makanan tradisional ini, saya mula melibatkan diri dalam perniagaan ini."



Pada 2017, Cik Chew mengorak langkah dan menyewa sebuah ruang kilang. Berbekalkan pengalaman yang ada, beliau sendiri ke China untuk mencari mesin pengeluaran yang memenuhi keperluan menghasilkan you tiao.



Bagi mencari resepi paling sesuai bagi peringkat pengeluaran pula, Cik Chew bekerjasama dengan Pusat Kajian Inovasi Makanan (FIRC). Hasilnya, syarikat itu mampu mengeluarkan produk you tiao yang tetap bermutu tinggi, tetapi memiliki jangka hayat lebih lama.



Dengan kreativiti dan inovasi, syarikat itu juga berjaya menghasilkan perisa you tiao lain seperti charcoal dan bijirin (whole grain).



"Kami mendapati pengeluaran melambung sebanyak 300 peratus dengan penggunaan mesin.



"Sebelum ini, di gerai kami, you tiao dihasilkan secara manual, dengan sekurang-kurangnya tiga orang terlibat dalam proses itu," ujarnya yang mempunyai sembilan pekerja.



Selain itu, syarikat itu juga memanfaatkan teknologi untuk merangsang produktiviti mereka.



Ini termasuk penggunaan aplikasi bagi penjadualan, kiraan bagi gaji pekerja yang bekerja lembur dan penghantaran.



"Masa diperlukan bagi tugasan seperti ini dapat kami kurangkan sehingga 80 peratus lantas membolehkan kami menyelaraskan dan mendigitalkan proses kerja.



"Pekerja kami dapat memberi tumpuan kepada tugasan tambah nilai seperti penjualan dan pembangunan produk," terang Cik Chew.



Apabila mengambil alih, Cik Chew juga mengenal pasti pentingnya segmen halal.



"Kami semakin sedar betapa pentingnya juga pasaran halal, jadi kami memutuskan mendapatkan pensijilan halal selepas setahun kilang beroperasi.



"Kami menyaksikan penjualan meningkat 20 peratus hingga 30 peratus," tambahnya.



Memberi nasihat kepada syarikat lain, Cik Chew berkata peniaga sepertinya perlu meraih manfaat daripada teknologi dan inovasi untuk bertakat dan bersaing dalam suasana yang mencabar hari ini.




  • Laporan ini dibawakan oleh Majlis Ekonomi Masa Hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >